Cara Membuat Bitcoin Wallet/Address di Luno

Cara Membuat Bitcoin Wallet/Address Di Luno

Kali ini saya akan membuat tutorial yang sangat penting di dunia bitcoin iaitu membuat  bitcoin wallet atau dalam erti kata lain membuat Bitcoin Address yang fungsi nya untuk menyimpan bitcoin yang kita kumpul secara percuma tadi.

Untuk yang belum tahu apa itu wallet bitcoin sila baca artikel ini :
Apa Itu Wallet Bitcoin?

Cara Daftar di Luno untuk dapat Bitcoin Wallet Address
  • Mula-mula klik pada link berikut ===> Daftar Luno
  • Klik “Sign Up” pada sebelah kanan atas laman web tersebut
  • Isi email, password dan negara anda
  • Klik Sign Up

  • Jangan lupa catitkan email dan simpan password Luno anda, ianya rahsia dan tidak boleh diberitahu kepada orang lain. Ini berfungsi untuk recover akaun anda jika anda lupa detail akaun anda.
  • Buka email anda, dan cari email dari Luno untuk pengesahan email anda. Verify email anda dengan klik link pengesahan yang diberikan. Selesai pendaftaran..tahniah!

  • Selepas confirm email address, klik Continue..kemudian dia akan bawa ke back office bitcoin wallet Luno, klik let’s go.
  • Klik Verify Identity, masukkan nombor telefon anda, satu kod akan dihantar ke handphone anda.

  • Masukkan code untuk verify identity, kemudian masukkan personal details: nama dan no kad pengenalan, klik submit.
  • Selesai pendaftaran bitcoin wallet, tahniah!

Cara nak dapatkan bitcoin wallet address dari Luno

1. Login akaun Luno anda untuk ambil bitcoin wallet address anda (alamat bitcoin).  Pada home page, klik Receive

2. Setelah itu klik Address, ambil nombor yang panjang yang terpapar, itu adalah bitcoin wallet address anda. Address itu lah yang anda perlu masukkan jika anda nak semua bitcoin yang anda kumpul masuk ke wallet bitcoin anda. Copy alamat bitcoin tersebut untuk tujuan withdraw satoshi dari faucet bitcoin ke bitcoin wallet.

 

Contoh di web faucet bitcoin seperti Bonus bitcoin, anda akan diminta memasukkan Bitcoin Address maka masukkan lah address tu, lepas tu baru withdraw satoshi percuma.

Nota: Berhati-hati jika menggunakan software mencurigakan yang tidak dikenal pasti sebab ditakutkan mengandung Keylogger..(pencuri password)
 
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda…selamat mencuba!

Jika berminat nak tau cara cepat kumpul bitcoin baca ni

Apa itu wallet bitcoin?

Salam sejahtera,

Sebelum ini saya ada menerangkan tentang apa itu bitcoin, jadi perkara penting seterusnya yang anda perlu tahu ialah wallet bitcoin.

Apa itu Wallet (dompet)Bitcoin?

Wallet Bitcoin adalah aplikasi perisian untuk menyimpan bitcoin. Ia adalah dompet yang anda boleh gunakan untuk berbelanja menggunakan bitcoin dan juga untuk terima bitcoin. Ia berfungsi seperti akaun bank  online, tetapi boleh diakses sebagai wang tunai dalam dompet biasa.

Sebelum memperoleh sebarang bitcoin, anda WAJIB mempunyai wallet Bitcoin. Ini untuk mengumpul satoshi yang anda kumpul secara percuma tadi.

Dimana Saya Nak Dapatkan Wallet Untuk Menyimpan Bitcoin Saya?

Terdapat banyak laman web yang menyediakan wallet untuk bitcoin, namun kita boleh memilih wallet mana yang sesuai untuk kita, kerana setiap wallet ada perbezaan masing masing. Wallet ada dua jenis, iaitu :
1. Desktop
2. Laman Web

Untuk desktop kita kena download software yang telah disediakan untuk mengakses wallet. Saya memilih laman web, kerana ianya lebih mudah. Wallet Bitcoin pertama saya ialah Luno Malayia.

Luno menyediakan servis seperti Bitcoin Wallet, Trading dan Jual Beli Bitcoin
Servisnya sangat pantas dan rate yang tinggi. Yang paling penting adalah PERCUMA!

Kini rakyat Malaysia boleh membeli dan menjual Bitcoin di Luno, servis Luno berjalan 24 jam sehari, tanpa cuti. Anda boleh menggunakan servis Luno bila-bila masa dan dimana sahaja. Apa yang saya paling suka tentang Luno adalah, kadar tukaran Bitcoin ke Ringgit Malaysia atau Ringgit Malaysia ke Bitcoin adalah tinggi berbanding dengan syarikat lain.

Maknanya kita kumpul bitcoin, dan bila dah banyak boleh jual Bitcoin dan keluarkan duit ke dalam akaun bank. Luno boleh melakukan pengeluaran sepantas 24 jam sahaja untuk bank yang ada di Malaysia..sangat mudah, cepat, murah & selamat.

Kesimpulannya, sebelum anda menceburi dunia cryptocoin- bitcoin ni, anda WAJIB memiliki wallet bitcoin untuk menyimpan balance bitcoin anda.

Untuk cara membuat wallet di Luno silakan baca artikel berikut ni pulak:

Cara Membuat Wallet Bitcoin Address