Clixsense- Kerja Sambilan Tanpa Modal Terbaik 2015

Kerja Sambilan Tanpa Modal Terbaik 2015

Hari ini saya nak cerita sikit berkenaan kerja sambilan rumah tanpa modal 2015 yang saya buat dari rumah setiap hari. Biasanya saya klik iklan pada waktu malam selepas dah selesai makan dan buat kerja rumah. Saya mengadap desktop untuk klik iklan ni pun tak lama, biasanya dalam 15 ke 20 minit. Semua program PTC yang saya join ialah program PTC yang terbukti membayar.

Sebenarnya sudah lama juga saya buat program ini, sejak tahun 2013 lagi. Pada mulanya saya berkobar mengklik iklan setiap hari, sebab buat benda ni senang sangat, dapat upah pulak tu dalam USD, sapa nak bagi? Tapi bila tengok upah naik sikit- sikit..rasa macam, hai..tak kan setakat ni je kot? Tak boleh jadi nih, maklumlah, tak sabar masa tu! Saya mula tukar strategi.

Saya fokuskan kepada mencari rujukan seramai yang mungkin, kemudian barulah saya lihat peningkatan dalam komisyen, sebab setiap klik yang rujukan saya buat, saya akan dapat komisyen! Lepas tu di Clixsense, dapat komisyen sampai 8 level! (ahli upgrade).

Nak suruh rakan2 join pun mudah saja, sebab program klik iklan dapat duit ni semua tanpa modal, iaitu PERCUMA!

Jika anda rasa sangsi dan tidak percaya akan program PTC kerja sambilan tanpa modal 2015 yang terbukti membayar ini, anda boleh lihat bukti income dari Program PTC Clixsense yang baru saya terima pada 23 Jun yang lepas. Alhamdulillah..dapat jugak tambah duit sikit2 untuk buat bayar bil atau beli barang keperluan.

buktics6k

Keistimewaan Program Clisense Kerja Sambilan Tanpa Modal 2015:

1. Nak klik iklan mudah, cuma klik iklan, klik gambar kucing dan biarkan berjalan. tak tengok iklan tu pun takpe, boleh buat kerja lain sambil-sambil.

2. Clixsense ni timer dia cepat, jadi iklan cepat selesai.

3. Program Clixsense ni tak wajib klik iklan setiap hari untuk dapat komisyen dari orang bawah atau downline kita, tak macam nebux/ojooo atau lain-lain program PTC (paid o click), wajib klik iklan minima 4 iklan sehari untuk terima komisyen dari klik yang downline kita buat.

4. Nak cepat tengok peningkatan dalam income kita, kena cari seramai downline yang mungkin, senang je nak cari downline, ambik link affiliate Clixsense anda, kemudian hantar email ke kawan-kawan suruh dia orang join.

5. Nota: Tak boleh nak post terus link Clixsense tu kat facebook, kena block sebab ada orang dah buat spam merata2 di facebook, akibatnya dah kena block  (kat wall tak boleh, pm pun tak boleh). Jadi fikir cara lain, samada hantar link melalui email, buat blogspot (free) tentang clixsense, atau letak iklan & banner kat blog/forum/majalah.

6. Kumpul upah banyak2, kemudian bila dah cukup 17 USD, boleh upgrade ke akaun premium. Kelebihannya ialah, boleh dapat komisyen hingga 8 level di bawah network kita. Upah komisyen dari klik yg downline buat pun lebih. Boleh tengok jadual di bawah, beza akaun percuma (standard) dengan akaun premium. Oh ya, nak bagitau usd 17 ni kita bayar setahun sekali je, memang berbaloi. Good Luck!

upah

 

Cara Nak Install ClixAddon Clixsense

Apa kegunaan Toolbar ClixAddon ni?

Toolbar ni akan bagitau kita jika ada iklan yang available/ada untuk di klik, jadi tak perlu nak login Clixsense selalu untuk check ada iklan ke tak.

Caranya:

1. Buka laman Clixsense

2. Scroll ke bawah dan cari ClixAddon

clixadd

3. Klik pada ClixAddOn dan download samada guna Chrome atau Mozilla Firefox.

clixadd1

4. Setelah download, anda boleh lihat pada ClixAddon notifikasi berkenaan iklan/survey/tasks yg sedia ada untuk diklik

clixadd2

Selamat mencuba!

Cara klik iklan lebih cepat

Salam sejahtera,

Hari ni saya nak tunjukkan cara klik iklan lebih cepat dengan Clixsense, Neobux, Ojooo dan lain-lain program PTC. Jika anda masih baru dengan program klik iklan dapat duit (PTC- paid to click), dan masih belum faham cara klik iklan, lihat cara klik iklan di sini > CARA KLIK IKLAN DAPAT DUIT

Untuk mengklik iklan bagi satu-satu program, tentulah akan mengambil masa, jadi saya akan tunjukkan cara untuk klik iklan lebih cepat, iaitu keenam-enam laman web sekaligus. Biar cepat, tapi sistematik!

Cara klik iklan lebih cepat

1. Sebaiknya gunakan browser Mozilla Firefox, pastikan bookmark toolbar ada di browser anda, caranya.. klik pada View——> toolbars—> bookmarks toolbar.

bookmark

2. Kemudian buat satu folder bertajuk PTC. Caranya letak cursor pada bookmark toolbar (pada gambar dibawah, ditunjukkan dengan anak panah hitam tu) kemudian right-click mouse anda dan pilih new folder

bookmark1

 

3. Namakan folder ni PTC. Klik Add.

bookmark2

4. Buka laman web Neobux login, kemudian bookmark laman web ini kedalam folder PTC tadi. Caranya klik bookmark this page—–>bookmark toolbar——->folder PTC. Kalau tak nampak folder PTC tu, klik tanda yg saya bulatkan dalam gambar dibawah. Kemudian klik “Done”.

bookmark4

 

bookmark3

5. Buat perkara yang sama untuk Clixsense, Ojooo dan lain-lain laman PTC. Sekarang, setiap kali anda ingin melihat iklan, klik pada folder PTC dan klik “Open all in tabs”

6. Keenam-enam laman web akan dibuka, login kesemuanya dan klik pada View Ads

7. Untuk bergerak dari satu-laman web ke laman web yang lain, tekan butang Control dan Tab pada keyboard laptop anda, maka anda dapat bergerak dari satu laman web ke laman web yang lain dengan lebih cepat. Semasa website Clixsense sedang loading, maka anda boleh klik iklan Neobux atau Ojooo, jadi dapat klik iklan lebih cepat dan menjimatkan masa.

keyboard

 

8. Setelah melihat iklan dan akaun anda telah dikreditkan dengan upah melihat iklan, tutup iklan yang dah anda tengok tu dengan segera, nanti confuse pulak nanti. Selamat mencuba!

 

Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal

Adakah terdapat kerja sambilan yang dapat
dilakukan di rumah tanpa perlu keluarkan modal?

Salam sejahtera. Jika anda seorang pelajar lepasan SPM, suri rumah, atau pelajar Universiti / Kolej ( sedang cuti semester ) mahupun seorang penganggur yang belum ada rezeki dapat kerja, rugi la jika tak gunakan masa terluang tu untuk buat duit online dengan kerja sambilan dari rumah tanpa modal. Ya, ianya tanpa modal. Apa yang perlu hanyalah sebuah komputer dan talian internet! Anda boleh buat kerja sambilan ini sambil-sambil buat kerja utama anda kerana kerjanya cuma klik iklan, biarkan iklan tu berjalan (tak perlu tengok pun iklan tu) dan ianya cuma ambik masa 15-30 minit je sehari.. Tak kira anda seorang pelajar, penganggur, kakitangan kerajaan atau swasta, malah makcik-makcik pun boleh kalau boleh klik-klik dekat komputer tu..

Saya buat blog ni sebab nak kongsi pengalaman dan cara buat duit di internet dengan kerja sambilan tanpa sebarang modal walaupun 1 sen di internet.. dah ramai orang yang cuba buat klik iklan dapat duit ni sebagai kerja part time dari rumah, namun saya nak ingatkan bahawa program ini berkonsepkan: “Anda Buat, Anda Dapat”. Kalau rajin klik, dapatlah banyak upah, kalau tak klik tak dapatlah. Upahnya dalam nilai USD dan kerjanya senang: klik -klik sahaja. Jika nak income cepat naik untuk pendapatan tambahan yang lumayan, kena ajak sekali kawan-kawan join program ini ..kerana setiap klik yang dibuat oleh kawan-kawan atau orang di bawah anda akan memberi komisyen kepada anda. Ya, mereka klik, anda pun dapat komisyen. Boleh tengok bukti income dibawah.

Sekarang ni bukan senang nak cari duit, jika anda suka online, rajin buka facebook dan kerja memang mengadap komputer saban hari, eloklah sambil-sambil kerja tu, buat kerja klik iklan ni. Oh ya, tapi nak klik-klik ni guna laptop atau desktop ye, bukan handphone!

Jika anda boleh klik?..anda boleh buat duit dengan 2 cara:
  1. KLIK IKLAN DAPAT DUIT- Program ini dinamakan program Paid To Click (PTC). Untuk buat duit online dengan PTC ni, ada banyak syarikat pengiklanan yang menawarkan kerja klik iklan dapat duit, contohnya Ojooo, Neobux, Wordlinx, Buxcap dan Scarlet- Clicks. Keahlian Neobux sekarang telah mencecah 6,591,209 (lebih 6 juta) dan keahlian diterima dari seluruh dunia..
  2. KUMPUL BITCOIN PERCUMA. Kumpul bitcoin ni macam kumpul emas- nilainya semakin meningkat, jangan tak tau anda boleh kumpul secara percuma je..Untuk kumpul bitcoin percuma baca di bahagian akhir post ini.

Saya tunjukkan PROGRAM KLIK IKLAN DAPAT DUIT dulu.

1. Ojooo

Ojooo adalah satu program klik iklan dapat duit yang sedang berkembang pesat dari negara German. Ojooo ni best sebab upah dia lebih sikit…0.001 hingga 0.005 usd. Jika anda menaja, komisyen 50% akan diberi dari  setiap klik  rujukan anda. Satu ciri yang sangat istimewa pada Ojooo adalah bonus rujukan. Bagi setiap 100 dan 1000 klik dari rujukan anda pada setiap jenis iklan, anda akan mendapat bonus sehingga 50 $! Beli keahlian premium dan perolehi  10 $ dari setiap pembelian upgrade rujukan anda.

Klik DAFTAR OJOO DI SINI atau klik banner dibawah untuk mendaftar Ojooo.

Boleh rujuk PANDUAN DAFTAR OJOOO DISINI (klik).

Lihat CARA KLIK IKLAN OJOOO DISINI (klik).

Lihat CARA NAK DAPAT DOWNLINE OJOOO DISINI (klik)

Lihat CARA WITHDRAW DUIT OJOOO KAT SINI (klik)

2.NeoBux

Telah berjalan dan membayar sejak tahun 2008. Laman web ini adalah cukup baik jika anda boleh refer/taja ahli. Keistimewaan Neobux: boleh menyewa refferals/tajaan untuk harga yang kecil, yang akan meningkatkan income anda, dan dengan itu boleh sewa lebih banyak refferals lagi, seterusnya menambah pendapatan. Satu syarikat PTC yang terkenal dengan pembayaran serta merta dan dipercayai. Anda juga boleh melakukan tawaran dan kerja lain untuk menjana pendapatan sampingan. Anda boleh withdraw apabila anda telah mencapai USD 2.00. Jika berminat untuk mencuba, sila daftar Neobux di DAFTAR NEOBUX DISINI.

3. Scarlet- Clicks

Scarlet-Clicks adalah P.T.C yang dibuka pada tahun 2009. Sebagai ahli percuma, anda akan mendapat 40% daripada nilai klik rujukan anda, dan jika anda upgrade ke ahli berbayar akan mendapat 100%.
Sebagai pengguna percuma, anda akan dapati kira-kira 30-35 iklan setiap hari untuk di klik, dan julat nilai antara 0.0002 dan 0.001usd iaitu purata anda dapat kira-kira $ 0.01-0.015 usd setiap hari.

Kaedah pembayaran diterima: Bitcoin, Paypal, Skrill dan PerfectMoney. Nilai pengeluaran minimum ialah $ 2usd.

Klik DAFTAR SCARLET CLICKS SINI atau klik banner dibawah untuk mendaftar Scarlet Clicks.

4. GPT Planet

Ditubuhkan sejak tahun 2010. Syarikat ini beroperasi oleh pemilik yang bernama Dimitrios Kornelatos dari Athens, Greece. Anda boleh mendapatkan $ 0.0002 sehingga $ 0.001 dari setiap klik. Tiada limit downline yang anda boleh cari, lagi ramai downline anda, lagi cepat income anda bertambah

Klik DAFTAR GPT PLANET DI SINI atau klik banner di bawah untuk mendaftar dengan GPT Planet.

5. Clixblue

Ini satu lagi laman PTC yang boleh dipercayai, sejak 2014. Ahli boleh mendapat wang tunai dan hadiah-hadiah dengan melihat laman web, jawab survey dan lain-lain. Ianya percuma untuk membuat akaun di sini. Jana pendapatan sehingga $ 0.001 usd per klik.

DAFTAR CLIXBLUE DI SINI atau klik banner dibawah untuk mendaftar dengan Buxcap.

6. Clixsense. Laman web ini telah dimulakan sejak tahun 2007, sebelum ini ia adalah salah satu laman web PTC (paid to click) yang paling terkenal, akan tetapi, mulai 15 Julai 2017, tiada lagi program klik iklan. Anda boleh menjana pendapatan tambahan dari Clixsense dengan menjawab survey, melakukan offer dan tasks. Survey mereka bukan saja  dalam bahasa Inggeris tapi ada juga survey bahasa Malaysia. Boleh cuba jawab survey. Klik Daftar Clixsense atau klik pada banner di bawah untuk join. Boleh keluarkan duit jika ada minima USD 10 dalam akaun Clixsense anda. Klik sini untuk panduan Cara Daftar Clixsense

7. Wordlinx

Wordlinx , syarikat dipunyai dan diuruskan oleh Rogue Media, United Kingdom adalah laman PTC yang telah dilancarkan secara rasmi sejak Oktober 2003 (dah lebih 10 tahun), salah satu paid to click site yang paling tua dan terbukti menyediakan perkhidmatan pengiklanan yang genuine/sahih. Banyak ciri-ciri membuat Wordlinx satu sistem yang selamat, seperti: syarikat yang didaftarkan, perlindungan ddos, kakitangan berdedikasi dan professional, pelan perniagaan yang stabil, sokongan yang sangat baik, pembayaran segera, forum dan admin yang aktif. Anda boleh buat microtasks Wordlinx. Dulu ada iklan untuk klik, tapi sekarang hanya ada tasks saja. Saya hanya klik Daily Prize je setiap hari, kadang2 dapat cash!

Klik DAFTAR WORDLINX DI SINI atau klik banner dibawah untuk mendaftar Wordlinx.
WordLinx - Get Paid To Click

Komisyen

  1. Untuk PTC Ojooo anda perlu ada akaun Bitcoin untuk keluarkan duit upah yang anda dapat. Dari wallet Bitcoin boleh jual bitcoin tu dan withdraw duit ke bank tempatan. BACA CARA DAFTAR LUNO.
  2. Untuk Wordlinx, anda boleh guna Paypal. Jika guna Paypal, dari Paypal boleh withdraw ke akaun bank tempatan. Sila Daftar Paypal, lihat CARA DAFTAR PAYPAL
  3. Untuk Neobux, Clixsense, GPT Planet dan Scarlet-Clicks, komisyen anda akan dibayar ke akaun Skrill anda. Kemudian dari akaun Skrill, anda boleh keluarkan duit ke bank Maybank. Untuk itu, anda perlu mendaftar dengan Skrill. Rujuk Panduan Pendaftaran Skrill: CARA DAFTAR SKRILL DI SINI. 

Sekali lagi saya katakan bahawa anda tidak boleh menjadi kaya dalam satu hari dengan program klik iklan seperti ini. Ianya bersifat sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Program ini jenis: ANDA BUAT, ANDA DAPAT.

Cara buat duit kedua ialah: KUMPUL BITCOIN SECARA PERCUMA =>KLIK SINI UNTUK CARANYA — mesti join!

Terimakasih, dan selamat mencuba.

Cara Daftar Clixsense

Cara Daftar Clixsense, Program Klik Iklan Dapat Duit, Tanpa Modal.

Adakah anda ingin mendapatkan duit sampingan tanpa perlu mengeluarkan modal, tanpa perlu membayar apa-apa, tanpa perlu menjual barangan? Jika YA, disini akan ditunjukkan cara-caranya, langkah demi langkah. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah ikut satu per satu langkah yang ditunjukkan dibawah ini untuk daftar Clixsense, program klik iklan dapat duit, tanpa modal.

Langkah 1: Daftar akaun Clixsense. Program klik iklan dapat duit tanpa modal ini dinamakan Clixsense. Program ini akan memberikan iklan kepada kita, dan sekiranya kita melihat iklan tersebut, mereka akan bayar upah kepada kita. Pendaftarannya adalah PERCUMA.

Peringatan: Program Klik Iklan Dapat Duit seperti ini, biasanya mempunyai syarat yang agak ketat. Salah satu syaratnya ialah kita tidak dibenarkan untuk daftar dua akaun dengan menggunakan komputer dan line internet/wifi yang sama.

Info Program Klik Iklan Dapat Duit, Tanpa Modal

Nama Program: ClickSense

Komisyen: Antara 0.001-0.02 (USD) dan sehingga 0.008 untuk “referal click”.

Cara Bayaran: PayPal, Payza dan Cheque. Minima untuk pengeluaran: $8

Referal Program : 1 level sahaja (Tanpa limit). Untuk akaun Premier (upgrade), komisyen sehingga level 8.

Link Pendaftaran: Klik Disini Untuk Mendaftar.

1. Isikan nama, email, password, username anda dan klik ” Sign Up Now”

2. Satu link pengesahan akan dihantar ke email anda, buka email dan klik link pengesahan tersebut.

3. Sekarang anda perlu login ke akaun Clixsense anda untuk mengaktifkan akaun anda

4. Satu paparan seperti ini akan muncul, sila klik

“Free Download”

Satu paparan akan bertanya tentang peng”installation” set up toolbar Clixsense, klik pada butang “Yes”

5. Kemudian bila paparan ini muncul, tick pada kotak dibawah sekali, kemudian klik “Next”

6. Installation complete. Klik Finish

7. Sekarang isikan email paypal anda untuk tujuan pembayaran komisyen nanti. Anda juga perlu melengkapkan informasi personal anda seperti alamat, no telefon, jantina dan masukkan gambar jika mahu. Klik pada “Update Account” dibawah. Selesai pendaftaran dan tahniah!

8.

Langkah 2: Kemudian Daftar akaun PayPal. Anda perlu ada akaun PayPal supaya mereka dapat memasukkan komisyen anda. Penggunaan bank Paypal telah meluas diseluruh dunia, maka anda perlu memilikinya. Dengan PayPal juga mudah untuk anda memindahkan duit tersebut kedalam akaun bank tempatan anda seprti Maybank, CIMB, Public Bank, OCBC, Ambank dan lain-lain lagi. Sekiranya anda sudah memilikinya, anda boleh abaikan langkah ini, tetapi jika masih belum ada, klik di link yang diberikan dibawah ini, kerana pendaftaran PayPal adalah percuma.

Cara Daftar Paypal

9. Bagaimana cara melihat iklan untuk dapat duit? Lihat CARA KLIK IKLAN DISINI