Payza tidak lagi boleh digunakan

Salam sejahtera kepada semua pengklik iklan,

Saya yakin ramai di antara kamu menyedari, Payza telah ditutup oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Ini bermakna kita tidak boleh mengeluarkan duit yang kita kumpul di program klik iklan dapat upah menggunakan Payza dan Payza akan dikeluarkan sebagai pilihan withdraw tunai dari ClixSense dan juga program klik iklan lain seperti Neobux, Scarlet Clicks dan GPT Planet.

Jika anda ada duit di Payza atau sebarang pengeluaran wang yang anda lakukan baru-baru ini, status wang ini tidak diketahui. Kebanyakan program PTC (paid to click) tidak dapat membayar balik sebarang bayaran yang dihantar ke Payza kerana mereka tidak mempunyai akses ke platform mereka.

Dimaklumkan bahawa domain Payza telah dirampas oleh Pihak Berkuasa Amerika Syarikat dan semua program PTC tidak dapat memuat laman web mereka.

Oleh itu semua pengeluaran dari Neobux, Scarlet Clicks dan GPT Planet boleh menggunakan Skrill. Daftar Skrill di SINI.

Sekian.

Terima kasih