Cara klik iklan lebih cepat

Salam sejahtera,

Hari ni saya nak tunjukkan cara klik iklan lebih cepat dengan Clixsense, Neobux, Ojooo dan lain-lain program PTC. Jika anda masih baru dengan program klik iklan dapat duit (PTC- paid to click), dan masih belum faham cara klik iklan, lihat cara klik iklan di sini > CARA KLIK IKLAN DAPAT DUIT

Untuk mengklik iklan bagi satu-satu program, tentulah akan mengambil masa, jadi saya akan tunjukkan cara untuk klik iklan lebih cepat, iaitu keenam-enam laman web sekaligus. Biar cepat, tapi sistematik!

Cara klik iklan lebih cepat

1. Sebaiknya gunakan browser Mozilla Firefox, pastikan bookmark toolbar ada di browser anda, caranya.. klik pada View——> toolbars—> bookmarks toolbar.

bookmark

2. Kemudian buat satu folder bertajuk PTC. Caranya letak cursor pada bookmark toolbar (pada gambar dibawah, ditunjukkan dengan anak panah hitam tu) kemudian right-click mouse anda dan pilih new folder

bookmark1

 

3. Namakan folder ni PTC. Klik Add.

bookmark2

4. Buka laman web Neobux login, kemudian bookmark laman web ini kedalam folder PTC tadi. Caranya klik bookmark this page—–>bookmark toolbar——->folder PTC. Kalau tak nampak folder PTC tu, klik tanda yg saya bulatkan dalam gambar dibawah. Kemudian klik “Done”.

bookmark4

 

bookmark3

5. Buat perkara yang sama untuk Clixsense, Ojooo dan lain-lain laman PTC. Sekarang, setiap kali anda ingin melihat iklan, klik pada folder PTC dan klik “Open all in tabs”

6. Keenam-enam laman web akan dibuka, login kesemuanya dan klik pada View Ads

7. Untuk bergerak dari satu-laman web ke laman web yang lain, tekan butang Control dan Tab pada keyboard laptop anda, maka anda dapat bergerak dari satu laman web ke laman web yang lain dengan lebih cepat. Semasa website Clixsense sedang loading, maka anda boleh klik iklan Neobux atau Ojooo, jadi dapat klik iklan lebih cepat dan menjimatkan masa.

keyboard

 

8. Setelah melihat iklan dan akaun anda telah dikreditkan dengan upah melihat iklan, tutup iklan yang dah anda tengok tu dengan segera, nanti confuse pulak nanti. Selamat mencuba!