Cara Membuat Bitcoin Wallet

Cara Membuat Bitcoin Wallet/Address Di Luno

Kali ini saya akan membuat tutorial yang sangat penting di dunia bitcoin iaitu membuat  bitcoin wallet iaitu dompet tempat simpan bitcoin yang kita kumpul secara percuma di faucet2 bitcoin. Ianya juga dipanggil Bitcoin Address (alamat).

Untuk yang belum tahu apa itu wallet bitcoin sila baca artikel ini :
Apa Itu Wallet Bitcoin?

Cara Daftar di Luno untuk dapat Bitcoin Wallet Address
  • Mula-mula klik pada link berikut ===> Daftar Luno
  • Klik “Sign Up” pada sebelah kanan atas laman web tersebut
  • Isi email, password dan negara anda
  • Klik Sign Up

  • Jangan lupa catitkan email dan simpan password Luno anda, ianya rahsia dan tidak boleh diberitahu kepada orang lain. Ini berfungsi untuk recover akaun anda jika anda lupa detail akaun anda.
  • Buka email anda, dan cari email dari Luno untuk pengesahan email anda. Verify email anda dengan klik link pengesahan yang diberikan. Selesai pendaftaran..tahniah!

  • Selepas confirm email address, klik Continue..kemudian dia akan bawa ke back office bitcoin wallet Luno, klik let’s go.
  • Klik Verify Identity, masukkan nombor telefon anda, satu kod akan dihantar ke handphone anda.

  • Masukkan code untuk verify identity, kemudian masukkan personal details: nama dan no kad pengenalan, klik submit.
  • Selesai pendaftaran bitcoin wallet, tahniah!

Cara nak dapatkan bitcoin wallet address dari Luno

1. Login akaun Luno anda untuk ambil bitcoin wallet address anda (alamat bitcoin).  Pada home page, klik Receive

2. Setelah itu klik Address, ambil nombor yang panjang yang terpapar, itu adalah bitcoin wallet address anda. Address itu lah yang anda perlu masukkan jika anda nak semua bitcoin yang anda kumpul masuk ke wallet bitcoin anda. Copy alamat bitcoin tersebut untuk tujuan withdraw satoshi dari faucet bitcoin ke bitcoin wallet.

 

Contoh di web faucet bitcoin seperti Bonus bitcoin, anda akan diminta memasukkan Bitcoin Address maka masukkan lah address tu, lepas tu baru withdraw satoshi percuma.

Nota: Berhati-hati jika menggunakan software mencurigakan yang tidak dikenal pasti sebab ditakutkan mengandung Keylogger..(pencuri password)
 
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda…selamat mencuba!

Jika berminat nak tau cara cepat kumpul bitcoin baca ni