Cara Daftar Skrill

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Apa khabar? semoga semua sihat walafiat. Dah lama saya tak update blog saya ni, maklumlah sibuk sangat dengan tugas hakiki saya. Kerja klik iklan ni saya buat secara sambilan je setiap hari, biasa selepas makan malam saya akan luangkan masa selama 30 minit untuk klik iklan.

Baiklah hari ni saya nak tunjukkan pada semua cara daftar Skrill. Harap semua dah maklum yang akaun Payza tidak lagi boleh digunakan untuk mengeluarkan duit upah klik iklan sebab websitenya telahpun di ban oleh kerajaan Amerika Syarikat. Apa sebabnya, wallahualam..

Cara Daftar Akaun Skrill

1. Mula2 klik DAFTAR SKRILL (KLIK LINK INI) untuk mula daftar Skrill

2. Klik Open A Free Account

3. Isikan email anda, dan password.

4. Kemudian masukkan first name (nama pertama anda) dan surname (nama bapa anda), tarikh lahir, currency- Malaysia, i use MYR, isi alamat, isi no telefon, dan klik kotak  I’M NOT A ROBOT dan kotak kecil dibawahnya. Klik OPEN ACCOUNT.

5. Sekarang buka email anda dan cari email dari Skrill. Klik link pengesahan yang diberikan untuk lengkapkan proses daftar Skrill.

6. Isikan no pin anda, kemudian anda boleh setup 2 factor authentication untuk keselamatan akaun Skrill anda, hanya download app Google authentication dari Playstore dan scan barcode yang diberikan oleh Skrill. Tiap kali anda login akaun Skrill, dia akan minta nombor keselamatan yang akan dihantar ke handphone anda.

7. Kemudian klik pada   Cards & Bank Accounts dan klik pada bank account dan masukkan no akaun Maybank anda.

8. Itu sahaja stepnya,  mudahkan daftar Skrill! Saya dah cuba keluarkan duit upah Clixsense saya menggunakan akaun Skrill dan nyata tiada sebarang masalah, wang saya memang sampai ke akaun Maybank..maknanya, keluarkan dulu duit dari Clixsense ke akaun Skrill, kemudian dari akaun Skrill, keluarkan pula ke akaun Maybank..Alhamdulillah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *