Cara Daftar Paypal

PayPal merupakan online banking dan online debit card. Dengan Paypal anda boleh berbelanja, asalkan ada duit didalamnya. Lagi satu kelebihan Paypal ini, keujudannya telah diiktiraf oleh bank Negara, digunakan dengan meluas serata dunia, dan satu organisasi yang kukuh serta diiktiraf oleh banyak bank-bank didunia ini.

Kelebihan Paypal adalah, kita tidak perlu mendedahkan maklumat kredit/debit kad yang kita miliki kepada orang lain kecuali kepada Paypal sahaja. Oleh itu, amat mudah untuk membuat segala urusan kewangan didalam dan diluar negara.

Mengenai Akaun PayPal
  • Kelebihan menggunakan akaun Paypal ialah kemudahan untuk menghantar duit atau membuat pembayaran tanpa perlu mendedahkan maklumat kredit atau debit kad kita.
  • Mudah juga untuk menerima pembayaran kerana hanya menggunakan email address sebagai akaun login.
  • Kita juga boleh meletakkan banner untuk memudahkan pembeli membuat pembayaran melalui website kita.
  • Yang paling menarik, jika kita ingin withdraw duit dari akaun Paypal ke akaun bank kita, ia hanya mengambil masa dalam 3 atau 4 hari sahaja. Sangat cepat..

***Yang bestnya: Pendaftaran untuk membuka akaun PayPal adalah percuma!!.

Cara Daftar Paypal 2016

  1. Jom mula daftar akaun Paypal, saya tunjukkan cara daftar Paypal.
    Klik Sini Untuk Daftar Akaun PayPal

Mula-mula klik ” Sign Up Now” , kemudian Create Your Paypal Account. Pilih yang sebelah kiri untuk Transfer dan Terima Wang  atau yang sebelah kanan untuk Business jika anda nak menjual secara online (sesuai untuk yang ingin menjual).

Jangan risau anda boleh upgrade akaun untuk Business kemudian jika dah ada business kelak. Sekarang kita pilih kiri dahulu.

paypal

2. Isi borang dengan maklumat yang betul.

paypal1

3. Setelah isi form, klik Continue.  Satu form lagi akan keluar, isi maklumat yang diperlukan. Middle name biar kosong ok. Tick kotak kecil tu lepas tu klik “Agree and Create Account”

paypal3

4. Kemudian tunggu email untuk aktifkan akaun Paypal. Buka email dan klik link pengesahan yang diberikan. Ini untuk pastikan email anda adalah sah.

Akaun paypal anda dah siap. Kalau dia suruh verify akaun bank dan  kad debit, semua tu boleh buat kemudian. Boleh skip dulu.

Selepas itu anda akan dibawa pada bahagian VERIFY AKAUN PAYPAL.

PENTING: Untuk tujuan mengumpul upah klik iklan, memadai untuk sign up Paypal setakat ini dahulu, tak perlu di verified lagi. Ramai yg mengalami masalah nak verifikasi akaun Paypal, lepas tu give up dan tak klik iklan lagi. Walaupun akaun Paypal belum diverifikasi, anda boleh klik iklan dan bila upah dah banyak, (minima usd 8) boleh withdraw duit dari Clixsense ke Paypal dan kumpul dulu duit upah tu di dalam akaun Paypal. Duit dalam tu anda boleh guna untuk upgrade akaun Clixsense ke akaun premium atau boleh guna untuk shopping online.

Apakah kelebihan verify akaun Paypal

a) Anda boleh withdraw duit dari Paypal ke bank akaun anda, sebab anda dah link-kan akaun Paypal ke akaun bank anda.

b) Anda boleh shopping online dan bayar dengan menggunakan Paypal, bayaran akan ditolak dari balance Paypal anda (jika ada duit Paypal, contoh dari upah klik iklan) atau dari kad debit/kredit yang di link-kan dengan akaun Paypal.

c) Tiada limit untuk withdraw duit. Jika tak verify, maksimum keluarkan duit hanya usd 500.

Baca lanjut tentang kelebihan Verified Paypal= KLIK SINI. Tak faham english guna Google translate

CARA VERIFY AKAUN PAYPAL

Ada dua cara nak verify, samada link dengan debit/kredit card atau link-kan dengan akaun bank.

a) Saya bagi contoh link dengan kad debit.

1. Anda perlu VERIFY / COMFIRM DEBIT CARD seperti gambar di bawah. Bahagian ini anda perlu teliti dan jangan buat silap, masukkan no Card anda yang berada di depan Card VISA anda. Kemudian masukkan Tarikh Expired Card anda dan Masukkan CSC 3 Digit number yang berada pada belakang Card Visa anda.

Kemudian korang klik ‘continue’ yang kat Pay with my Credit / Debit Card. Lebih senang jika anda ada Kad Debit ATM Maybank.  Siapa tak tahu apa itu kad debit, boleh baca kat sini: APA ITU KAD DEBIT

maybank-visa-debit-card

2.  Masukkan no kad Maybank VISA debit card anda. CSC..ambil no (3 angka) dekat belakang kad ATM Debit tu.

Visa-Card

Cara Nak Verify Akaun Paypal

3. Sekarang tunggu untuk VISA Debit Card untuk di verified. Selalu nya akan ambil masa 2 hari. Bila berjaya, dalam akaun akan ada di tolak sebanyak RM10 , tapi RM10 ni akan dipulangkan semula nanti.

paypal4

4. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement Maybank. Buka lah Maybank2u, dari situ boleh dapat Code berkenaan. Cara daftar dan guna Maybank2u online boleh baca di SINI.

5. Log in dulu Maybank2u. Lepas tu, klik ‘accounts and banking’ kat tab menu. Dan seterusnya klik ‘ saving account’. Then terus ke Debit Card History . Code nyer adalah selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun Paypal tadi, terus save dan selesai!

securitycode

b) Cara link dengan bank akaun tempatan

Dekat menu bar atas sekali tu boleh tekan wallet. Untuk isi maklumat akaun bank, boleh klik link a bank account. Jika anda klik bahagian link a bank account, borang ni akan keluar. Isi dengan teliti. Jangan tersalah. Dekat bahagian MEPS bank routing code tu, klik details dan masukkan kod bank yang tertera. Setiap bank lain kodnya.

linkbank

Nota: Untuk verifikasi tu, lain bank lain caranya. Ada bank hantar kod melalui sms, ada yang melalui email dan ada juga yang kena call. Untuk RHB bank, boleh cuba buka emel atau call je bank tu untuk kodnya. Kalau bank lain saya tak pernah cuba, jadi tak boleh nak cerita kat sini.

Jika tak tahu, silalah call bank masing-masing ya..

Selesai Cara Daftar Paypal

Daftar akaun Paypal ni memanglah prosesnya agak cerewet sedikit, kerana perlukan kod pengesahan, tetapi sesiapa yang menggunakan online banking seperti Maybank2u, CIMB-click, e-Eon etc, sebenarnya mudah je kerana kod tersebut ada didalam credit history.

Selepas dah tahu cara daftar Paypal, kena tahu cara verify pula. Untuk lebih kefahaman, boleh lihat video cara verify akaun paypal anda, seperti dibawah. Selamat mendaftar.

269 Replies to “Cara Daftar Paypal”

    1. Boleh cuba dengan cimb..nanti boleh share pengalaman di sini. Ramai yang bertanya tentang cimb, saya berpengalaman dengan kad debit Maybank/ kad kredit sahaja.

    1. Semasa saya register dulu pihak Paypal minta kita berikan kod pengesahan yang diberikan dalam statement kad kredit. Dengan Paypal, adalah selamat untuk bg no kad kredit. Jika mereka minta bayaran rm 10 sekalipun, duit tersebut akan direfund balik.

  1. daftar free??jika akaun debit bank zero bagaimana?saye tidak mempunyai credit card..boleh jelaskan ?bgaimana pula jika bisnes online dibuat dan pembayaran melalui PAYPAL.?

    1. Ya pendaftaran adalah percuma, cuma seeloknya anda perlu ada kad DEBIT Maybank gambar Cherry. Jika DEBIT CARD anda zero, masukkan sedikit duit dalam kad debit kerana Paypal akan caj rm 10 buat permulaan, nanti duit rm 10 tu akan DIPULANGKAN SEMULA. Jika buat busnes online atau shopping online, anda boleh bayar dengan balance dalam akaun Paypal (JIKA ADA- contohnya anda ada terima bayaran dari sebarang online bisnes). Jika tiada wang dalam akaun Paypal, bermakna anda membuat bayaran dengan kad kredit atau debit yang telah dilinkkan dengan akaun paypal.

  2. knapa sy still x boleh daftar akaun pay pal? setiap kali tekan agree…berkali2 suruh masukkan nombor telefon wlaupun sy dah ikut contoh +60 n tambah no telefon sy….

  3. sy dah daftar tp ade tersilap dibahagian akaun, sy tiada krdt card dgn akaun mybank..sy cume ada akaun cimb..ttp sy silap tekan dan pendaftrn sy Berjaya ttp tiada no akaun atau maklumat bank

  4. mcmna nk verify akaun? status akaun saya unverified..biler tekan je get verified die suh isikan butir2 debit card..tp die kena msukkan security code..cmner kiter nk dptkan security code tu?

    1. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement Maybank. Buka lah Maybank2u, dari situ boleh dapat Code berkenaan.

      Log in dulu Maybank2u. Lepas tu, klik ‘accounts and banking’ kat tab menu. Dan seterusnya klik ‘saving account’. Then terus ke Debit Card History . Code nyer adalah selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun Paypal tadi, terus save dan selesai!

      Proses pendaftarannya agak cerewet sedikit, kerana perlukan kod pengesahan, tetapi sesiapa yang menggunakan online banking seperti Maybank2u, CIMB-click, e-Eon etc, ia amat mudah kerana kod tersebut ada didalam credit history.

  5. maksud saya sebelum nk confirmkan debit card tu kena msukkan butir2 debit card..die suh msukkan security code..security code 3 angka je die tulis tp nk abik kat maner security code tu..cth yg die bg hanya american express je..kalo kad maybank cmner lak??

    1. Salam, kalau nak buat bayaran mesti ada baki duit dalam Paypal. Boleh masukkan duit kedalam Paypal dengan menggunakan akaun RHB (jika ada). Kat back office Paypal ada butang top up. Klik kat situ

  6. Salam, mcm mana kita nak confrimkan alamat kita dekat paypal? Mcm mana kita nak tahu alamat tu sudah di confirm?

    Kerana sy nak beli barang. Tp seller taknak send invoice sbbkan dia kata alamat sy tidak confirm. Harap boleh bantu. Thanks

    1. Salam, alamat tak confirm mungkin disebabkan akaun anda belum verified. Untuk verify akaun kena link dengan kad debit/ kad kredit. Kemudian kad tu kena diconfirmkan dengan security code. Pastikan akaun anda di “verify” terlebih dahulu

    1. Salam, ya..kena ada kredit atau debit card. Kebanyakan orang guna Maybank debit card .Boleh juga bayar dengan top up duit ke dalam akaun Paypal adik guna bank RHB. Paypal akan caj rm 10 buat permulaan, nanti duit rm 10 tu akan DIPULANGKAN SEMULA. Ini adalah untuk tujuan verifikasi akaun Paypal anda.

  7. Salam, yg 4angka rahsia tu letak mana ye? kat security code ke atau card number? pastu nak pilih Visa ke MasterCard yg Cimb Click punya?

    1. Salam, 4 angka tu bukan ada pada kad, ia ada di statement account bank, jika tiada cuba telefon pihak bank ok. Pilih kad kredit yang adik ada di bank cimb tu

    1. Klik pada username anda, kemudian klik pada ‘cashout’ di bawah “My account details”. kemudian boleh keluarkan melalui Paypal.

  8. Ni ade mslh skit..
    sy dah ade paypal,mslhnye time nak cnfirm tu kad kredit sy xda bleh dftr,paypal kate pihak bank x approve transaksi sye,yg tu mcmna plak?

  9. kak kenapa dgn bang cimbank tak boleh ni mesej dari ,The bank that issued your card didn’t approve this transaction. Please contact the card issuer.s customer service department if you have any questions. Or you can add a different card now to continue.sbb sy de kad bank tu je selain tu tak de ,cmmn kak..

    1. Salam, saya tiada pengalaman dengan CIMB click, cuba check statement dalam akaun atau cuba adik telefon pihak bank dan tanyakan berkenaan hal ini. Pasti mereka membantu.

    1. Salam dik Nadzirah,

      Adik kena buat kad debit Maybank dulu, lepas tu buat akaun maybank2u.com online, kemudian baru senang daftar Paypal. Boleh klik iklan di Clixsense dulu, sebab nak withdraw pun kena tunggu duit terkumpul 8usd, baru boleh keluarkan.

  10. Salam, saya telah membuat akaun paypal seperti yang diberikan dan semuanya telah berjaya dan dah dapat refund RM10 Soalan saya ialah bagaimana kita nak tambah wang kita ke dalam akaun paypal menggunakan akaun Maybank 2U kerana bila kita nak topup hanya akaun RHB Bank sahaja yang dibenarkan. Sila tunjukkan cara nak tambah wang menggunakan akaun bank lain. sekian terima kasih

    1. Ya, boleh guna debit card Maybank. Kemudian kamu daftar dan buat akaun maybank2u online banking. Cara nak daftar dan guna Maybank2u boleh baca di SINI. Lepas tu ikut cara daftar Paypal di SINI

  11. Salam Kak.Nk tnya sikit.sy baru daftar Paypal.tetapi belum Unverified lg.jd klau sy xda Maybank2u ada x cara lain utk verified akaun paypal sy.sbb sy tgok dn cari dari page lain semua bgthu paling senang nk dptkn 4 angka rahsia tu melalui maybank2u@tggu statement bank smpai rumah.cara lain ada x kak?

    1. Yang paling mudah ialah debit kad Maybank dan buat akaun online maybank2u. Cara lain ialah guna credit card. Lain cara akak tiada pengalaman.

  12. Lagi 1,sebelum ni sy pernah order barang melalui website lain,mmg ada perasan PayPal pnya link dlm website tu,tp sy belum ada akaun Paypal wktu tu dn hnya byar menggunakan Debit card.tiada masalah dn barang pn selamat smpai.yg agk sy kurang fhm sikit mengenai paypal ni adakah kita perlu topup duit dlm akaun Paypal kita ataupun terus dicaj pd debit kad kita mcmna yg pernah sy lakukan sebelum ada akaun Paypal ni.sbb sy lihat pd komen2 yg sebelum ni akak terangkan hanya RHB sahaja yg boleh transfer duit terus dlm akaun paypal.sbb sy tiada akaun RHB.Mohon pencerahan sikit kak hehehe.maaf panjang sikit tnya sbb perlukan kepastian dari senior hehehe.

    1. Untuk Paypal, kita perlu link kan credit card atau debit card ke akaun Paypal, jadi bila beli secara online, pembayaran terus di caj ke kad tersebut ATAU pun BOLEH JUGA dengan baki duit yang ada dalam akaun Paypal. Kalau nak transfer duit memang akaun RHB sahaja.

  13. salam kak nak tanya macam mana nak sattelkan masalah ni….saya nak guna bsn still x dapat verified
    x faham msj paypal ni suruh ape? The bank that issued your card didn’t approve this transaction. Please contact the card issuer.customer service department if you have any questions. Or you can add a different card now to continue.

    1. Salam dik, maknanya bank BSN tak approve transaction, samada adik hubungi pihak bank ataupun guna kad lain seperti kad debit Maybank.

  14. Akak,sy bru je dftar maybank2u n paypal.
    Utk get verified, kne tggu 2,3 hari dulu ke nk dpt kan 4 kod rahsie tu?
    Dlm maybank2u xde lg la..

  15. salam..kad debit tu..juz gune kad atm ke? sy kurg phm..
    lg 1..ble kite nk kuarkan duit dr akaun paypal..mcm mne? kne msukkan no akaun bank ke mcm mne?

    1. Salam,
      Kad debit tu kena buat di bank eg: Maybank. Kad debit tu maksudnya kad yang telah kita masukkan duit kedalamnya terlebih dahulu, sebelum kita berbelanja. Boleh, kita kena add bank account Maybank di Paypal, kemudian jika dah ada duit di Paypal nanti, boleh withdraw terus ke akaun Maybank

  16. Salam akak, saya nak tanya nih saya baru lagi apply debit card Maybank and Maybank2u baru-baru nih dan semalam saya ada created acc paypal and dah boleh cuma belum “verified”. Saya nak tanya macam mana saya nak cari “security code” tu sedangkan “wadiah savings accounts” tu pon tiada dalam All Accounts punya folder cuma yang ada hanya “Basic Minor Savings Account-i” yang menunjukkan jumlah baki duit yang tinggal. Saya harap akak dapat tolong, sebab saya memang nak sangat paypal acc sebab selalu juga beli barang dalam website yang perlu guna pembayaran secara paypal.

    1. Salam Liyana,
      Sekarang wadiah saving account dah tiada, adik check di Accounts & Banking ===> Saving account ===> debit card history ===> 4 angka rahsia tu mungkin mengambil masa 2-3 hari.

      1. Terima kasih akak sebab reply ^^. Saya buka dekat “debit card history” tu kan dia tulis “you do not have any transaction” so macam mane eh akak? satu lagi masalah saya tak boleh nak transfer duit ke akaun bank orang lain sebab kat situ hanya ada “own account transfer” sepatutnya kena ada “New 3rd party account transfer” kan? Tapi tak ada 🙁

        1. Maknanya Paypal belum tolak lagi rm 10 tu dari debit card adik. Berkenaan akaun Maybank2u tu akak tak boleh nak jawab, adik kena tanya pihak Maybank.

          1. Jadi, macam mane nak bagi paypal tu tolak RM10 dari duit baki saya dalam Maybank2U tu akak? Kan saya ada tekan “Get Verified” pastu suruh isi card type and card number then “security code” tu kene tulis yang angka 3 tu ke? nombor 3 digit tu kene ambik kat belakang kad maybank eh? Saya isi dah nombor yg 3 digit tu tapi dia tulis camni lepas saya tekan “continue” button “The bank that issued your card didn’t approved this transaction. Please contact the card issuer.s customer service department if you have any questions. Or you can add a different card now to continue.” huhu..kalau boleh saya xnak call pihak bank sebab xtau nak tanya pihak bank tu macam mane 🙁

    1. Akaun paypal ni kita perlu bila nak keluarkan duit dari Clixsense, atau nak membeli secara online. Hanya perlu login, periksa baki duit (jika ada) dan gunakan akaun untuk urusan kewangan secara online.

  17. Salam kak..sy suda daftar paypal,dan mempunyai akuan dah..BSN bole ker kak?kad atm yang sy guna tu kad BSN,sy nak masukkan ke paypal..so,debit kad tu ialah membeli barang online ker kak??sbb,senang sikit kalau nak beli barang kat online..satu lg kak,sy nak gunakan paypal ni untuk tujuan membli barang2 online je,so sy tidak da yang lain2 tu..bole begitu kan kak?kalau nak simpan duit kat mesin atm trus masuk juga kat paypal ker secara automatik,begitu ker kak??

    1. Wsalam,

      Kad debit tu anda perlu masukkan sejumlah duit, barulah ia boleh digunakan untuk membayar. Kad debit tu kita link-kan ke akaun Paypal, jadi bila beli secara online, Paypal akan menggunakan duit yang ada pada kad debit tu.

  18. Salam,sy nk tanya…klau sy nk witdraw duit dr cc ke akaun paypall then transfer ke akaun rhb bleh ke?kira mcm cash advance la,cme gnakan paypall je sbgai gnti

    1. Akaun paypal percuma dik, tak perlu bayaran. Jika adik nak shopping online, Bayaran akan dicaj ke kad debit/kredit yg di “link”kan dengan akaun Paypal adik.

    1. Ya dik, bayaran melalui Paypal. Guna hp tak boleh, guna laptop/desktop. Nak tengok income, lihat di sebelah username adik di sebelah atas laman web Clixsense.

  19. assalamualaikum…salam kenal akak2 and abang2..saya nak share pengalaman verified akun paypal guna CIMB KWIK..bagi anda yang ada akun cimb clicks silahkan daftar KWIK akun,.semua cara daftar sistem sudah bagi tau tinggal follow..setelah berhasil daftar TOPUP akun kwik anda minimal RM 20..lepas tu apply KWIK cards dengan caj RM10..tunggu paling lama 3 hari(alamat anda sangat penting untuk proses penghantaran kwik cards)..setelah dapat kwik cards,proses selanjutnya ACTIVATION cards..ikut petunjuk dalam cards statement,.pengalaman saya ada 2 cara ACTIVATION,.1.massage-2.call canter..saya ikut cara yang kedua CALL CENTER..setelah berhasil tersambung dengan customer services berikan details data cimb clicks sesuai yang mereka tanya…setelah proses di luluskan, tunggu dalam 15 cards anda akan aktiv..setelah cards aktiv proses seterusnya login paypal akun..dan add debit/mastercard..masukan data mengikut petunjuk..setelah berhasil add tunggu 2 hari kerja untuk dapatkan 4 CODE pengesahan yang di hantar paypal ke akun kwik anda caj untuk code $1..setelah dapat 4 CODE..login ke paypal dan masukan 4 code..selesai.

  20. salam kak , saya nak tanya , saya nak buat job online , then saya dah buat akaun paypal . tapi saya tak ada kad debit makna nya saya tak boleh verified lagi ,saya cadang nak buat akaun lambat sikit , so boleh ke kalau sy nak guna je akaun paypal tu tanpa di verified kan,biar duit masuk dalam akaun paypal sy , then bila saya nak keluarkan duit baru saya verified kan ,boleh ke ?

    1. Salam, boleh je dik, kumpul dulu duit dalam akaun dulu, bila nak keluar baru verified, tapi jangan tunggu lama sangat, ok. Cepat2 buat kad debit

  21. salam..saya nak register akaun paypal.tetapi setiap kali saya dh abis fill form button untuk agree tu selalu tak available utk dklik.macam mana tu?

  22. sye dah buat akaun paypal..tapai macam mana nak top up duet dalam akaun ni sbb sy pakai kad debit maybank…bukan rhb…
    boleh tak bagitahu cara2 nak topup akaun paypal mnggunakan kad debit maybank…

    1. Paypal tak minta, tapi dia akan tolak dari debit card. Selepas kad telah di verified, duit tu akan dimasukkan semula dalam akaun

  23. Salam…
    Saya nak tanya adakah akaun selamat jika kita memberi no kad debit ketika buat akaun paypal?sbb ari tu saya tanya pegawai bank mereka kata klu ada pihak minta no kadbank @no blkg kad jgn bagi kerana bahaya..saya mohon penjelasan terima kasih

    1. Memberi nombor kad debit/belakang kad kepada Paypal adalah selamat, ini adalah proses untuk verifikasi Paypal, jangan risau.
      Paypal adalah perbankan online yang selamat.

  24. Saya nak tanya lagi klu kita dah ada kad debit maybank untuk veri… Akaun paypal perlu ke mohon kad digital….tima kasih

  25. Saya dah berjaya buka akaun paypal lepas tu kita nak verifed saya klik get verifed pas tu dia suruh maklumat saya dah isi no bank kad pastu tiba kat expiry date tu macamana..tolong jelaskan

  26. salam akak tumpang tanya.saya ada daftar account paypal baru baru ni guna maybank account personal saya. dah ikut step by step tu tetiba bab verify code tu sangkut. ada error verification has been decline macma tu la………ni ada kaitan dengan baki dalam kad tu sendiri ke ?

    Yang benar ,
    Gigahertz Computer Selayang

  27. Assalammualaikum.
    Nak tanya sikit kak
    1) boleh ke kalau kita bukak account paypal hanya untuk transaksi penerimaan wang saja bukan untuk pembayaran pembelian. Adakah any charges dikenakan paypal utk process ini.
    2) Adakah paypal akan request bank info untuk transfer amount ke bank tersebut. (contoh jika kita mempunyai akaun maybank)
    3) Boleh ke selepas pendaftaran paypal katakan selepas 6 bulan pendaftaran, kita link kan maybank debit card dengan paypal.

    Terima kasih

    1. Salam, Boleh untuk terima wang, berkenaan caj, saya tak pasti, kalau kenapun sikit je biasanya. Jika nak transfer ke bank mesti ada bank info. Perlu add account bank kita. Jika withdraw lebih dari rm 400, tak de fee, jika withdraw kurang dari rm 400, kena caj rm 3 setiap transaksi
      Boleh je nak link bila2 pun, bila dah link baru lah akaun paypal kita akan di verified

    1. Waalaikumussalam.. kalau nak buat pembayaran melaui paypal, dia akan tolak duit dari kad debit/kredit yg dilink-kan dengan akaun paypal. Berkenaan bayaran tu, paypal akan tukarkan mengikut rate exchange RM ke usd

  28. Maksudnya saya tak perlu buat apa2 la ye as long as duit dlm kad debit saya tu (dlm RM) cukup utk buat pembayaran sbb paypal yg akan convert duit saya ke USD?

  29. The bank that issued your card didn’t approve this transaction. Please contact the card issuer.s customer service department if you have any questions. Or you can add a different card now to continue.
    ape maksud dia ??

    1. Maknanya bank CIMB tak benarkan transaksi online, adik kena contact CIMB dan tanya pihak bank,macamana nak buat transaksi secara online dengan Paypal

  30. akak..saya dah daftar.tp bila time suh buka email buat pengesahan..sy tgk xder pn email yang sy dpt.dh byk kali buat..

  31. salam kak…
    mcm mana paypal mengenakan bayaran setelah kita membuat payment mlalui maybank debit kad semasa membeli online….
    berapa kos yg kena tolak guna service paypal nie..mcm mana dia org kira….mahal tak?

    1. Wsalam dik, Paypal tak ada kenakan caj jika kita beli secara online dengan menggunakan akaun Paypal. Mereka kenakan sedikit caj pada penjual barang tu.

  32. satu lagi betul ke kita boleh direct guna debit kad semasa nak buat payment tanpa perlu register atau buka acc paypal….

    rasanya ada jumpa 2 entry yg bagi tahu boleh guna debit kad tanpa perlu register paypal acc..

    help plz..

  33. sis nak tanya lagi klaw kita nak register paypal, auto deduct rm10 dr acc kita kan….tp klaw dlm acc bank kita ada contoh rm500….dia org takkan kacau kan duit selebihnya

  34. salam sis…
    berkenaan dengan kad debit maybank tu…boleh tak saya gunakan akauan orang lain…maksudnya akaun bank suami saya bagi tujuan tersebut

  35. Salam..saya nk daftar ac paypal tapi dh berapa kali saya mdukn no hp dia ckp tk bcomplete format..mcm mna ya..klau mlysia pya kod no mcm mna?minta tlg bagi info ya.tq

  36. salam..
    saya ada terbaca dalam blog berkaitan dengan clik sense ni. Pembayaran yang dibuat adalah menggunakan cek. oleh sebab itu alamat yang didaftar perlulah betul. Betul ke pembayaran boleh dilakukan dengan cek

  37. salam.. saya telah mencuba utk membuka acc paypal tp tidak berjaya kerana masalah di bahagian nombor telefon… semua nombor telah saya guna kan tetapi tidak berjaya.. kenapa ye?

  38. Saya tersilap tulis 4 code yang dy minta tu. Terus akaun kene ban. N kena hantar dokumen ni.

    1. A valid photo ID (front/back copy)
    2. A recent card statement showing the last four digits of the card, your billing adresses and your full nama as registered on your PayPal acount.

    Boleh tolong jelaskan lagi? Terima kasih

    1. Salam Fadhil,
      1. Scan ic depan belakang
      2. Statement kad credit/debit yg tunjukkan nama penuh anda seperti yg diregister di Paypal

  39. mendaftar di paypal hrus mempunyai kartu kredit?
    klau menggunakan kartu ATM bank syariah mandiri bisa dipakai untuk mendaptar di paypal?

  40. salam kak..sy nak tanya..sy ada buat payment utk purchase barang dari laman web oversea.tp bila payment dah succesful, sy x dpt invoice , hanya dia pamerkan history transaction saja.mcm mana nak dapatkan invoice tu?

  41. assalamualaikum..tq sgt membantu dan mudah di ikuti…saya telah membuat akaun paypal dengan mudah sekali menggunakan cimb bank islamic… Terbaik…

    cuma persoalan saya… bagaimana caranya untuk mengetahui atau untuk membuat bayaran atau memasukkan kewangan kita ke dalam akaun paypal…

    contohnya cimb transfer ke paypal..mcm mana caranya …
    tq

    1. Wsalam Ramizan,

      Alhamdulillah, semoga panduan daftar paypal ni dapat membantu adik. Untuk topup hanya dari bank, setakat ni hanya RHB sahaja yang boleh. Bank lain tak boleh. Tq

  42. Salam ,sis ..sy dah buat akaun paypal ni guna akaun bsn ..tp tak bole verified. .sy kne ad online banking ke baru bole link kn dgn paypal ni ?? Tq

    1. Boleh, cuma ada limit yg dikenakan oleh Paypal dalam urusan transaksi online- hanya sehingga usd 2000.00 . Verifikasi juga membantu mengurangkan transaksi penipuan jika kad kredit dicuri atau penggunaan tanpa kebenaran akaun bank. Pengesahan membantu meningkatkan kepercayaan dan keselamatan, pembeli boleh berasa lebih yakin menjalankan perniagaan dengan penjual yang Verified iaitu peniaga yang boleh dipercayai .

  43. salam saya nak tanya. boleh tak sekiranya kita tak verify akaun paypal? tapi kita nak buat transaksi dengan pihak luar boleh? lagi satu, kalau kita verify tapi kita nak topup kewangan kita di paypal thru RHB bank, boleh tak macam tu?

    1. kalau menipu takkan saya boleh withdraw duit dik. Konsepnya anda buat, anda dapat. Klik iklan, dapat upah dlm usd.

  44. salam..The bank that
    issued your card didn’t approve this
    transaction. Please contact the card
    issuer.s customer service department if
    you have any questions. Or you can
    add a different card now to
    continue..msalah apa ye??..saya pakai RHB..pihak bank kata daftar kat intrnet dlu..tapi saya xtau dftar kt mna T_T

  45. Haii… nak tanya saya menjual lukisan fengshui dan sudah membuat paypal akaun dan dapat email spam kononnya harga lukisan yang saya jual tu 3000 dan saya sudah di bayar sebanyak rm3350 ..duit tu kena hold sebab saya tdak mpunyai baki sekurangnya dalm akaun 350 so sy kena kembali kan rm350 duit tu balik supaya saya boleh dapat duit 3000 tu..duit 350 tu kononnya dipotong dr akaun pembayar jadi saya kena pulangkan balik duit tu baru boleh dapat duit 3000 tu

  46. hi akak,saya nak tanya nie..saya ada buat jualan di internet dan saya telah mendapat pembeli untuk barangan saya. dia menyatakan dia akan membuat bayaran menerusi akaun Paypall.saya bersetuju dan terus membuka akaun paypall saya. selepas itu,dia pun buat bayaran dan saya menerima satu email dari paypall yang menyatakan dia telah membuat bayaran.tetapi masalah nya sekarang,mengapa paypall menyuruh saya membuat satu bayaran lagi kepada Western Union supaya transaksi wang tersebut berjaya. dan kata pihak paypall,setelah bayaran dibuat kepada pihak western union,kesemua duit akan dikembalikan semula kepada saya.harap akak boleh tolong bagi pendapat,saya tengah keliru nie..terima kasih akak..

  47. Apa2 pun jgn percaya jika di suruh bayar dulu baru dpt duit tu semua. Ini adalah takrik terbaru kpd penipu2 dari luar negara….nasib sy belum membuat sebarang bayaran kpd western union…sila berhati2 dalam apa jua cara. Skrg pembeli yg suruh refund balik kan duitnya tu yg tak sampai2 kt sy pun dh hilang jejak dari watsap sy so situ sy tahu mereka adalah penipu….

  48. Assalam, sy dh cuba daftar paypal tapi masalanya dh beratus x sy masukkan password macam2 gabungan nama,symbol nombor dan masa masuk kan password paypal bagi tau strong tapi semua pun tk di terima dh berjam duduk depan komputer taip password saja macam mana ni

    1. Wslm, maaf tak dapat nak bantu, hairan juga, takkan paypal tak terima permohonan adik hanya disebabkan password? Cuba lagi di lain waktu

  49. akak sy x dapat buat dia cakap camni >>> “the bank that issued your card didnt approve this transaction”

  50. Terima kasih akak sebab buatkan tutorial ni.
    Utk info, bagi sesiapa yg nk buat akaun paypal ni, korang mstilah pastikan dlm bank korang ada duit sekurang-kurangnya rm20. Ini sebab, utk menggelakkan sebarang masaah terjadinya error yg macam ni keluar semasa pendaftaran ” the bank that issued your card didnt approve this transaction”. Sekadar berkongsi. Minta maaf kalau ada salah. ^_^

    1. Terimakasih banyak Fakhrul atas perkongsian ini.
      Saya mengalu-alukan sesiapa yg nak berkongsi pengalaman tentang masalah dalam pendaftaran Paypal dan penyelesaiannya di blog ni demi untuk panduan semua. Terimakasih sekali lagi 🙂

    2. Ye,saya ada mslah tu tpi duit dlm account sya ada rm21cmtu sbb sya bru buka account tpi asaldie still tulis the bank that issued your card didn’t approve…still ade padahal dlm tu ada duit??

  51. As-salam sis, saya baru sahaja register Paypal account guna debit card verification. Soalan saya..bukan berkaitan dengan debit card, cuma paypal saya ni account type nya Personal ….agaknya ada masalah tak digunakan untuk sebarang urusan jual beli online ? Atau perlu ke saya upgrade? saya dah try klik button upgrade, cuma ada option upgrade untuk business… tapi itu memerlukan nama business. Agak2 boleh saya upgrade ke account business tapi guna nama saya sendiri as a business name? atau maintain jer guna akaun personal tu? Boleh sis bagi pendapat?
    Thanks xoxo

    1. Wsalam Ratna,
      Takde masalah dik, akaun Personal pun boleh, maintain je. Akaun Peribadi atau Personal ialah akaun untuk individu yang membuat pembelian online; Akaun Premier untuk individu yang membeli dan menjual secara online; Akaun Perniagaan atau Business untuk peniaga yang menggunakan nama syarikat atau kumpulan. Semua jenis akaun PayPal membolehkan anda untuk menghantar dan menerima bayaran.

  52. assalamu’alaikumwarahmatullah kak.
    respect akak atas semua respon sedari tahun2 sebelum ni lagi.

    1. boleh share berapa kurang lebih akak sudah terima duit melalui bisnes ni? kalau tak keberatan. nak tambah semangat sikit =)

    2. ada bisnes lain yg akak boleh kongsi?

    3. terima kasih akak

    1. Wsalam Azam,
      1) Setakat ni dah withdraw usd 199 dari clixsense..alhamdulillah, rahsianya ialah klik iklan hari2 dan cari org join bawah kita seramai yg mungkin, lagipun, free je..
      2) Bisnes lain yg akak buat ialah jual simkad jimat Onexox. Cuma share penjimatan prepaid ni pada rakan2 yg minat nak berjimat bil hp. boleh lihat facebook page akak di https://facebook.com/onexoxinfo

    1. Tiada had berapa downline yang boleh daftar di bawah kita. Adik boleh cari seramai yang mungkin, teruskan promosi

  53. Assalamulaikum kak.

    1- Kita boleh buat akaun paypal dengan kredit atau debit kad. Macam mana dengan CIMB Kwik? Boleh guna juga ke untuk buka akaun PayPal ni?
    Kalau boleh, akaun ni akan jadi mcm akaun biasa la? Kita boleh buat pembayaran, dan org lain boleh masukkan duit dalam akaun PayPal CIMB Kwik kita tadi?

    2- Dengan akaun tu,boleh ke kita transfer duit PayPal masuk akaun CIMB biasa kita untuk urusan keluarkan duit?

    1. Wsalam Shmasul,
      1). Ya, Boleh link cimb debit mastercard dengan paypal dan setelah verify akaun paypal, adik boleh buat bayaran dan terima bayaran dengan akaun paypal. Jika adik nak buat bayaran dr akaun paypal, duit akan di ambil dari debitcard cimb kwik tu, cuma pastikan ada duit dalam debit card tersebut. Adik juga boleh terima bayaran dari orang lain ke dalam akaun Paypal adik.
      2) Jika dah ada duit dalam akaun Paypal, boleh withdraw duit dari akaun Paypal ke akaun cimb biasa, cuma kena add bank akaun tersebut di “profile” akaun paypal. Jika nak withdraw duit dr Paypal ke credit atau debit card, hanya kredit/debit card yang ada logo VISA saja yang boleh diterima utk keluarkan duit paypal.

    1. Wsalam..Setelah adik withdraw upah yang dapat dari program klik iklan ke dalam akaun Paypal, adik boleh keluarkan duit dr paypal ke akaun bank. Cuma sebelum tu perlu “add bank account” iaitu tambahkan maklumat akaun bank di paypal terlebih dulu. Caranya login paypal, klik profile dan disitu ada butang untuk add/edit bank account. Setelah adik add bank account, baru boleh adik withdraw duit dari paypal ke akaun bank, kemudian barulah boleh guna mesin atm ambik duit tu

    1. Tak boleh, cuma boleh topup duit ke akaun paypal dari akaun rhb bank sahaja. Tapi jika adik nak shopping online, gunakan paypal, automatik duit akan di ambil dari kad kredit atau kad debit yg telah di link-kan dengan akaun paypal

  54. Hi,
    Saya nak tanya boleh ke kita transfer duit dari Paypal Akaun ke Akaun Bank biasa? agak confius sebab setahu saya Kita perlu ada Paypal Akaun untuk tt ke Akaun Paypal yang lain. Betul kan?

    1. Boleh transfer duit dari akaun Paypal ke akaun bank, hanya perlu “add bank account” iaitu tambahkan maklumat akaun bank di paypal terlebih dulu. Caranya login paypal, klik profile dan disitu ada butang untuk add/edit bank account. Setelah adik add bank account, baru boleh adik withdraw duit dari paypal ke akaun bank, kemudian barulah boleh guna mesin atm ambik duit tu

      1. Salam kak, maaf saya nak tanya, saya ada beli barang di fb, seller tu suruh saya bank in duit kat acc dia…tapi saya kurang fhm..apa beza personal acc ngan business acc? Kalau seseorang nak membuat business menggunakan personal acc, dia boleh nampak nama customer ke bila customer membuat pembayaran melalui atm?kalau dia tidak post barang tu,boleh ke saya report kt bank? sbb takut jadi kes penipuan..

        1. Wsalam dik, kalau beli barang di fb memang penjual akan minta adik bank in duit kedalam akaun diaorg. Bila adik buat bayaran, biasanya penjual akan minta bukti bayaran, contoh gambar bukti resit bayaran jika adik buat diatm, atau bukti gambar (screenshot) pembayaran berjaya dilakukan jika buat secara online contohnya maybank2u. Penjual juga boleh check secara online dalam akaun maybank dia jika ada seseorg buat bayaran. Jika berusniaga di facebook, ia adalah dibawah kepercayaan dan persetujuan antara pembeli/penjual, kalau takut, beli barang tersebut di kedai dan buat urusan jual beli secara bersemuka dengan penjual.
          Yang personal atau business akaun tu ialah akaun paypal dik. Business akaun paypal tu untuk orang yang menjual secara online. Yang personal tu untuk shopping secara online.

  55. Saya tak ada akaun RHB tapi saya nak masukkan duit ke dlm akaun paypal saya melalui RHb dengan pergi sendiri ke kaunter.boleh ke???sekarang ni akaun paypal saya kosong nak buat penambahan boleh la beli barang2 dengan mudah.

    1. Kalau nak masukkan duit ke Paypal, boleh buat secara ONLINE jika ada akaun RHB, sebab dalam back office akaun paypal tu ada butang “topup with rhb”, maknanya boleh link dengan akaun rhb secara online untuk topup duit dalam paypal. Jika tiada, hanya perlu pastikan akaun kad debit yang telah di linkkan dengan Paypal ada duit didalamnya. Kad debit ni penggunaannya berdasarkan kepada baki simpanan akaun Maybank atau CIMB/bank lain. Jika duit takde dalam akaun simpanan, memang tak boleh nak berbelanja dan shopping guna paypal, sebab masa nak bayar tu, paypal akan gunakan duit yang ada dalam akaun kad debit adik. Selain kad debit, adik boleh juga link kan paypal dengan kad kredit, cuma bezanya, kalau kad kredit, kena berhutang dahulu, lepas tu bayar bulan-bulan kemudian.

  56. Salam,saya dah daftr account paypal tu gne credit card maybank2u tpi kan knape die ade error…die tulis situ, the bank that issued your card didn’t approve this transactions,
    Sya mmng bru bukak account maybank2u ni…n blom cucuk kat atm lgi…mcm mne ye? Atau error sbb sya bru buat card.tpi sya dah dftr internet banking maybank2u. Atau mungkin ade sbb lain? Perluka saya mnelefon maybank utk tnyakan info tu?

    1. Kalau waktu nak link card tu dia kata “The bank that issued your card didn’t approve the transaction” atau yang seangkatan dengannya tu, mungkin kad korang tu korang tak approve lagi untuk online international transaction. Jadi apa yang perlu korang buat ialah call bank dan minta dia buka online transaction korang. Tanya je kenapa saya tak boleh nak link kad saya dengan paypal. Lepas tu nanti pandai la orang bank tu tolong. Lepas tu baru cuba balik.

      1. Maaf ganggu lagi…sya dah call pihak maybank2u n account sya tu hnya perlu diaktifkn. Dan tlah pon aktif tpi bile sye try dftr lain pulak die tulis “we are unable to process your credit card registeration at this time.please try again later date? mcm mane pulak tu ye? ?

    1. IBAN tu kod bank. The International Bank Account Number (IBAN) is an internationally agreed system of identifying bank accounts
      Affin Bank Berhad = PHBMMYKL
      Alliance Bank Malaysia Berhad = MFBBMYKL
      Ambank Berhad = ARBKMYKL
      Bank Islam Malaysia Berhad = BIMBMYKL
      Bank Kerjasama Rakyat Berhad = BKRMMYK1
      CIMB Bank Berhad = CIBBMYKL
      Citibank Berhad Malaysia = CITIMYKL
      Deustche Bank = DEUTMYKL
      EON Bank Berhad = EOBBMYKL
      HSBC Bank Malaysia Berhad = HBMBMYKL
      Hong Leong Bank Berhad = HLBBMYKL
      Malayan Banking Berhad = MBBEMYKL
      OCBC Bank Berhad = OCBCMYKL
      Public Bank Berhad = PBBEMYKL
      RHB Bank Berhad = RHBBMYKL
      Standard Chartered Bank Malaysia Berhad = SCBLMYKX
      Southern Bank Berhad = STHBMYKL
      The Royal Bank of Scotland Berhad (RBS) = ABNAMYKL
      United Overseas Bank Berhad = UOVBMYKL
      Bank Muamalat Berhad = BMMBMYKL
      Bank of America = BOFAMY2X
      Bank Simpanan Nasional = BSNAMYKL

  57. Assalamualaikum , saya nak tanya kalau 17 tahun boleh ke buat akaun paypal ? ke kena atas 18 tahun baru boleh daftar paypal ? Harap tak menyusahkan . Terima Kasih 🙂

  58. Berapa banyak bank akaun boleh didaftarkan dalam paypal? Boleh ke kita letak akaun bank perniagaan kita ke dalam paypal? Adalah lebih mudah menguruskan kewangan dengan mengasingkan akaun bank perniagaan dan akaun bank peribadi. Contoh, adakah boleh kita keluarkan duit dari paypal ke akaun bank perniagaan Bank Islam?

    Terima kasih

    1. Anda boleh memasukkan lebih dari satu akaun bank. Berkenaan akaun perniagaan tu cubalah, saya tiada pengalaman dengan akaun perniagaan. Bank berikut semua boleh: AFFIN BANK BERHAD, ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD, AMBANK BERHAD,BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD, BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD, BANK MUAMALAT BERHAD, BANK OF AMERICA, BANK SIMPANAN NASIONAL, CIMB BANK BERHAD, CITIBANK BERHAD, DEUSTCHE BANK, EON BANK BERHAD, HONG LEONG BANK BERHAD, HSBC BANK MALAYSIA BERHAD, MALAYAN BANKING BERHAD, OCBC BANK (M) BERHAD, PUBLIC BANK BERHAD, RHB BANK BERHAD, STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD, THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS), UNITED OVERSEAS BANK.

  59. salam tuan tanah.. saya ada dua akaun paypal

    contoh nama muhammad ali bin kasim baba

    1) akaun pertama firsrname MUHAMMAD lastname ALI

    2) akaun kedua firstname MUHAMMAD ALI lastname KASIM BABA

    yang mana patut saya pakai takut effect masa nk withdraw fund nanti.. lagi satu kalau lastname tu nk kena taruk bin/binti ke atau terus nama ayah je.. tq

  60. Assalamualaikum sis…..sya dh ad akaun paypal…urmm…tapi saya xpenah cuba lagi nak gunakanny..sya agak takut nak gunakannya…sya nak tanya contohla klu sya nak beli brg dgn harga brg tersebut dlm lingkungan 24 USD adakah sya perlu ade sejumlah wang yg lebih dlm RM dlm akuan sya???mcm mne pay pal nilai harga??mohon pencerahan sikit sis…

    ~terima kasih~^^

    1. Paypal akan tolak 24 usd dari kad debit atau kad kredit yang telah adik link-kan dengan akaun Paypal adik. Ya, perlu ada lebih dari 24usd dalam kad debit jika menggunakan kad debit. Harga usd ke rm mengikut kadar tukaran matawang semasa (current rate exchange)

    1. Ya, tak perlu topup. Jika kita beli secara online, Paypal akan gunakan duit dari kad debit atau kredit yang telah di link-kan dengan akaun Paypal adik

  61. assalamualaikum.. saya cuma nak tnye.. klau saya dah isi akaun bank tpi x isi yg debit pnye tu tak pe ke…ke wajib kene isi ye.. pas tu brpe lme ye nk tnggu verified tu diluluskan… tq

    1. Untuk kumpul upah klik iklan, tak perlu nak verify akaun Paypal lagi, boleh teruskan klik iklan. Bila dah cukup usd 8 dah boleh withdraw duit dari Clixsense ke Paypal. Kemudian nanti boleh verifykan akaun Paypal tu. Nak verify Paypal tu boleh juga guna akaun bank, cuma saya verify paypal dengan kad debit/kredit. Lepas link-kan kad debit atau kad kredit, kena confirmkan kad tu dengan masukkan kod 4 digit. Jangka masa tu bergantung, lebih cepat anda confirmkan kad tu lebih cepat verified.

  62. Congratulations! You have successfully added a Malaysia bank account to your PayPal account. You can now withdraw funds from your PayPal account to this bank account.
    *klu dah dpt email bgni . maknanya akaun paypal sy dah bleh guna ker?

      1. Sis..nak tanya..saya ada jual brg pada buyer luar negara..dia hantar duit guna paypal..lepas tu saya check activity di akaun paypal..tak ade sebarang kemasukan duit pun..

  63. Assalamualaikum..sy Addiey..
    da de da acc. paypal..tp xingt pernah amek personal ke, business ke…
    da setahun rasanya bukk PP..just x link ngn bank je..
    Contohnya, kite invest duit kt 1 company, n company tu nk through bank or PP… so sy x penah lg guna..
    Bleh terangkan mcm mana nk check PP tu personal ke or business…?

  64. salam sis, saya nak tanya..
    saya baru buka acct paypal..tapi saya letak nama Nickname..

    soalannya;
    Akan jadi masalah ke dari segi banking transaction? sebab nama nickname xsama dgn nama di card bank.

    now acct paypal saya xlengkap lagi. bole tolong saya.

  65. Assalamualaikum saya nak tanya boleh ke kalau nak buat pembayaran guna bank acc je? mcm mana ye nak buat? dan mcm mana kalau nak dptkn upak clik tu ye?

    1. Nak buat bayaran apa tu dik?
      Nak dapat upah kena klik iklan. klik iklan kena buat dekat desktop/laptop

      Cara daftar http://kerjasambilantanpamodal.com/cara-daftar-clixsense/
      Cara klik iklan baca http://kerjasambilantanpamodal.com/cara-klik-iklan-dapat-duit/
      Bila dah cukup upah terkumpul dalam Clixsense sebanyak usd 8, baru boleh withdraw ke akaun paytoo.
      Baca cara withdraw duit dari Clixsense di ====>http://kerjasambilantanpamodal.com/cara-withdraw-clixsense/

      Ambik masa lama mak kumpul duit kalau klik sorang-sorang. Ajak rakan2 join dibawah link kamu, baru income cepat naik sebab bila mereka klik kamu pun dapat komisyen.
      Baca http://kerjasambilantanpamodal.com/cara-mendapat-downline/

      Jangan lupa kumpul bitcoin juga
      Baca http://kerjasambilantanpamodal.com/kumpul-bitcoin-secara-percuma/

  66. Salam sis mcammane nak verify account PayPal tpi sya dah comform kan kad maybank visa debit semua accound add bank dah ada maybank2u saya dah set purchase limit minimum 1000 bila saya tkan continues nak conform accaund PayPal dia tulis this card is not accept please use different card dia suruh tkar kad ke masih dlam proses Cuba sis terangkan saga x pham.. Wlamm..

  67. saya ada buka acc paypal ni tapi tapi negara us punya jd masalahnya skrg x blh withdraw ke acc saya dia minta IBAN, mcm mana nak tukar ke acc paypal malaysia

    1. Paypal kan international..
      IBAN tu kod bank. The International Bank Account Number (IBAN) is an internationally agreed system of identifying bank accounts
      Affin Bank Berhad = PHBMMYKL
      Alliance Bank Malaysia Berhad = MFBBMYKL
      Ambank Berhad = ARBKMYKL
      Bank Islam Malaysia Berhad = BIMBMYKL
      Bank Kerjasama Rakyat Berhad = BKRMMYK1
      CIMB Bank Berhad = CIBBMYKL
      Citibank Berhad Malaysia = CITIMYKL
      Deustche Bank = DEUTMYKL
      EON Bank Berhad = EOBBMYKL
      HSBC Bank Malaysia Berhad = HBMBMYKL
      Hong Leong Bank Berhad = HLBBMYKL
      Malayan Banking Berhad = MBBEMYKL
      OCBC Bank Berhad = OCBCMYKL
      Public Bank Berhad = PBBEMYKL
      RHB Bank Berhad = RHBBMYKL
      Standard Chartered Bank Malaysia Berhad = SCBLMYKX
      Southern Bank Berhad = STHBMYKL
      The Royal Bank of Scotland Berhad (RBS) = ABNAMYKL
      United Overseas Bank Berhad = UOVBMYKL
      Bank Muamalat Berhad = BMMBMYKL
      Bank of America = BOFAMY2X
      Bank Simpanan Nasional = BSNAMYKL

  68. mengapa saya tidak blh confirm email address saya tekan je confirm email address keluar ni ‘please check your entries and try again’

  69. Salam.baru nak tanya.2017 on lagi ke?sbb tgk n baca komen mula tahun 2013..rajin baca sampai la komen 2017 pun ada.nanti nak buat la..mana tau ada rzki jana side income.saya zero ilmu online ni.mana tau rezki boleh jadi hero.

    1. Ya dik, akak masih buat sampai hari ni.
      walaupun sikit2, tapi lama2 jadi bukit
      join la..ada dua cara buat duit tanpa modal
      1) klik iklan dapat upah dalam usd
      2) kumpul bitcoin percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *