Withdraw Duit Dari Ojooo Guna BTC Wallet

Salam sejahtera kepada pembaca blog semua,

Apa khabar? Semoga semua sihat walafiat.

Mulai 25.5.2018, untuk withdraw duit upah klik iklan Ojooo perlu menggunakan wallet bitcoin.

Oleh itu, sebelum anda ingin withdraw duit upah klik iklan, anda perlu ada wallet bitcoin terlebih dahulu.

Baca cara daftar wallet Bitcoin di sini.

Cara Withdraw Duit Ojooo Guna BTC Wallet

1.  Sebelum withdraw duit, pastikan anda save alamat/address wallet Bitcoin anda di Personal Setting.

2. Klik “Settings” ===> “Personal Settings”===>Bitcoin (masukkan BTC wallet anda dan save).

3. Kemudian barulah request untuk withdraw/cash out.

4. Wallet BTC anda (contoh Luno) akan menghantar email tentang pembayaran masuk bitcoin dari Ojooo. Mudah kan, selamat mencuba!

 

Cara Daftar Skrill

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Apa khabar? semoga semua sihat walafiat. Dah lama saya tak update blog saya ni, maklumlah sibuk sangat dengan tugas hakiki saya. Kerja klik iklan ni saya buat secara sambilan je setiap hari, biasa selepas makan malam saya akan luangkan masa selama 30 minit untuk klik iklan.

Baiklah hari ni saya nak tunjukkan pada semua cara daftar Skrill. Harap semua dah maklum yang akaun Payza tidak lagi boleh digunakan untuk mengeluarkan duit upah klik iklan sebab websitenya telahpun di ban oleh kerajaan Amerika Syarikat. Apa sebabnya, wallahualam..

Cara Daftar Akaun Skrill

1. Mula2 klik DAFTAR SKRILL (KLIK LINK INI) untuk mula daftar Skrill

2. Klik Open A Free Account

3. Isikan email anda, dan password.

4. Kemudian masukkan first name (nama pertama anda) dan surname (nama bapa anda), tarikh lahir, currency- Malaysia, i use MYR, isi alamat, isi no telefon, dan klik kotak  I’M NOT A ROBOT dan kotak kecil dibawahnya. Klik OPEN ACCOUNT.

5. Sekarang buka email anda dan cari email dari Skrill. Klik link pengesahan yang diberikan untuk lengkapkan proses daftar Skrill.

6. Isikan no pin anda, kemudian anda boleh setup 2 factor authentication untuk keselamatan akaun Skrill anda, hanya download app Google authentication dari Playstore dan scan barcode yang diberikan oleh Skrill. Tiap kali anda login akaun Skrill, dia akan minta nombor keselamatan yang akan dihantar ke handphone anda.

7. Kemudian klik pada   Cards & Bank Accounts dan klik pada bank account dan masukkan no akaun Maybank anda.

8. Itu sahaja stepnya,  mudahkan daftar Skrill! Saya dah cuba keluarkan duit upah Clixsense saya menggunakan akaun Skrill dan nyata tiada sebarang masalah, wang saya memang sampai ke akaun Maybank..maknanya, keluarkan dulu duit dari Clixsense ke akaun Skrill, kemudian dari akaun Skrill, keluarkan pula ke akaun Maybank..Alhamdulillah.

 

 

Payza tidak lagi boleh digunakan

Salam sejahtera kepada semua pengklik iklan,

Saya yakin ramai di antara kamu menyedari, Payza telah ditutup oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Ini bermakna kita tidak boleh mengeluarkan duit yang kita kumpul di program klik iklan dapat upah menggunakan Payza dan Payza akan dikeluarkan sebagai pilihan withdraw tunai dari ClixSense dan juga program klik iklan lain seperti Neobux, Scarlet Clicks dan GPT Planet.

Jika anda ada duit di Payza atau sebarang pengeluaran wang yang anda lakukan baru-baru ini, status wang ini tidak diketahui. Kebanyakan program PTC (paid to click) tidak dapat membayar balik sebarang bayaran yang dihantar ke Payza kerana mereka tidak mempunyai akses ke platform mereka.

Dimaklumkan bahawa domain Payza telah dirampas oleh Pihak Berkuasa Amerika Syarikat dan semua program PTC tidak dapat memuat laman web mereka.

Oleh itu semua pengeluaran dari Neobux, Scarlet Clicks dan GPT Planet boleh menggunakan Skrill. Daftar Skrill di SINI.

Sekian.

Terima kasih

Cara Withdraw Duit Dari Buxcap

Salam sejahtera,

Semoga semua sihat dan ceria melakukan tugas harian masing- masing, disamping melakukan kerja klik iklan yang ringan ini sebagai kerja sambilan untuk tambah sedikit pendapatan.

Hari ni saya akan tunjukkan cara nak withdraw (keluarkan) duit usd dari laman web Buxcap. Minima pengeluaran duit adalah usd 2.

Anda dah daftar Buxcap ke? Jika belum boleh daftar di sini,

KLIK SINI UNTUK DAFTAR BUXCAP

Langkah-langkah untuk withdraw duit Buxcap  adalah seperti berikut.

1. Pastikan duit dalam akaun Buxcap anda lebih dari usd 2.

2. Klik pada “Settings” dan klik “Personal Settings”. Masukkan alamat Payza anda atau alamat bitcoin wallet anda dahulu, sebelum keluarkan duit. Kemudian masukkan password dan tekan butang “Send”

3. Selepas alamat Payza atau Bitcoin wallet anda telah di simpan (save), klik pada “Withdraw”

4. Klik pada logo bitcoin (atau Payza) untuk keluarkan duit ke bitcoin wallet anda.

5. Pastikan alamat bitcoin yang terpapar adalah betul. Ada sedikit fee akan dikenakan oleh pihak Buxcap untuk withdraw duit buxcap. Kemudian hanya perlu klik “Send”. Mudah saja withdraw duit Buxcap. USD tersebut akan ditukarkan ke bitcoin mengikut nilai tukaran usd-bitcoin semasa. Cuma tunggu kemasukkan bitcoin pada wallet anda. Selamat mencuba!

Cara Klik Iklan Di Wordlinx

Salam sejahtera dan salam ceria..

Apa khabar, semoga semua ceria dan setia mengklik iklan setiap hari, saya biasanya akan luangkan masa setengah jam setiap hari untuk klik iklan, biasanya waktu malam selepas makan, sambil relaks-relaks depan komputer.

Sebagai ahli program paid to click (ptc) seperti neobux, ojooo, wordlinx, scarlet-clicks dan buxcap, saya perlu memastikan setiap hari saya klik sebanyak 4 iklan minima bagi setiap PTC untuk memastikan saya menerima komisyen dari setiap orang down line saya. Jika anda masih belum tahu cara nak cari downline, boleh baca lanjut di Cara Mendapat Downline (klik sini).

Baiklah hari ni saya nak tunjuk cara klik iklan di Wordlinx

Cara Klik Iklan Wordlinx
  1. Login dulu di Wordlinx- klik sini. Kemudian klik “Account”. Jika anda belum daftar, boleh daftar Wordlinx dulu kat sini (klik).

2. Klik pada “Rewards”

3. Kemudian klik pada Paid To Click

4. Kebiasaannya ada 3 hingga 4 iklan yang anda boleh klik. Upah nya 0.001usd

5. Klik iklan tersebut. Pastikan anda pilih shape yang dikehendaki sebelum menerima upah klik iklan. Selamat mencuba!

Cara Withdraw Bitcoin Dari Bonus Bitcoin

Salam sejahtera,

Sihat ke hari ni? Saya harap anda gigih mengumpul bitcoin percuma setiap hari dari faucet2 bitcoin yang saya tunjukkan dalam post saya sebelum ini. Apabila dah banyak satoshi bitcoin, anda boleh keluarkannya ke dalam bitcoin wallet anda dan simpan bitcoin tu. Bila dah banyak, anda boleh jual bitcoin anda atau beli mesin mining bitcoin. Jadi hari ni saya akan tunjukkan cara withdraw bitcoin dari Bonus Bitcoin.

Lihat step by step cara withdraw bitcoin dari Bonus Bitcoin
  1. Login Bonus Bitcoin. Klik “Account”

2. Klik “Go To CoinPot”. CoinPot ni macam micro wallet tempat simpan satoshi anda.

3. Klik “Withdraw Bitcoin”. Make sure satoshi anda lebih dari 100,000 satoshi. Jika kurang dari 50,000 satoshi, ada fee 1000 satoshi akan dikenakan.

4. Masukkan jumlah bitcoin yang anda nak withdraw, masukkan address/alamat bitcoin anda dan masukkan password Bonus Bitcoin anda.

5. Kemudian ada paparan untuk Confirm, semak betul atau tak maklumat yg anda masuk tadi, kemudian klik Confirm.

6. Buka email anda dan klik link pengesahan yang diberikan. Anda mesti klik sebelum 60 minit, jika tidak permohonan btc akan terbatal.

7. Tunggu kemasukan bitcoin dalam bitcoin wallet anda dalam masa 48 jam. Selamat mencuba!

8. Realitinya: Tak sampai 24 jam, saya dah terima bitcoin dari Bonus Bitcoin di bitcoin wallet Luno!

 

Cara Klik Iklan Dapat USD

Salam sejahtera,

Bagaimanakah cara klik iklan dapat upah dalam USD ni?

Sebenarnya ianya sangat mudah, saya tunjukkan caranya:

Cara Klik Iklan Dapat Duit
  1. Mula2 login di Ojooo.com, KLIK DI SINI UNTUK LOGIN. Anda juga boleh login serentak untuk semua program paid to click yang lain seperti NEOBUX, WORDLINX, SCARLET-CLICKS dan BUXCAP. Saya biasanya akan buka serentak ke lima-lima website ini dan klik iklan.
  2. Klik PAID TO CLICK ADS

3. Klik iklan yang disediakan di bahagian “Fixed Ad”. Semua iklan yang berwarna purple boleh di klik. Satu iklan anda akan dibayar upah 0.001USD. Yang warna oren, iklan tu untuk ahli yang upgrade sahaja.

4. Biarkan timer masa berjalan selama 5 saat, kemudian anda akan mendapat upah. kemudian boleh close window dan teruskan dengan semua iklan yang ada.

5. Cara klik iklan untuk web lain seperti Neobux, Wordlinx, Scarlet-Clicks dan Buxcap juga adalah lebih kurang sama. Selamat mencuba!

Cara Daftar Program Klik Iklan Ojooo

Salam sejahtera,

Saya akan tunjukkan cara daftar program klik iklan dapat duit (program paid to click) Ojooo. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah ikut satu demi satu langkah2 dibawah.

Cara Daftar Program Klik Iklan Ojooo
  1. Untuk daftar, klik sini==> DAFTAR OJOOO -klik sign up di sebelah kanan atas laman web Ojooo.

2. Masukkan username yang anda suka, boleh bubuh nickname anda, kemudian masukkan password. Masukkan password sekali lagi untuk confirm, then masukkan email anda.
** Password mesti ada minimum 8 huruf dan sekurang2nya satu huruf besar dan satu nombor ok.

 

 

3. Masukkan email Paypal atau email Payza anda. Jika tiada, daftar Paypal dulu di sini. Ikut panduan di bawah.

 

CARA DAFTAR PAYPAL DI SINI

CARA DAFTAR PAYZA DISINI

 

4. Di bahagian captcha, tick kotak ” i am not a robot” dan kemudian tandakan gambar yang disuruh, eg, jika disuruh tandakan “street signs” tandakan semua kotak yg ada signboard. Step ini cuma nak pastikan yg anda adalah manusia dan bukannya robot. Kadang2 ada dua paparan, tandakan kotak yg dikehendaki dan akhir sekali klik verify.

 

5. Di bahagian terms of service, tandakan Yes, kemudian klik register.

6. Kemudian login email anda dan cari email dari Ojooo yang bertajuk “Verify your email address”

 

7. Klik link untuk verify tu, dan paparan seterusnya masukkan account email (email yang anda register ojooo tadi)  dan masukkan verification code-copy paste je dari email anda tadi. Selesaikan captcha “i am not a robot” dan kemudian akhir sekali klik verify

 

8. Selesai pendaftaran- Selamat Mencuba!

Cara Kumpul Bitcoin Percuma di Multicoinfaucet

Salam sejahtera,

Hari ni saya nak tunjukkan cara nak kumpul bitcoin percuma dari faucet Multicoinfaucet. Nak claim senang je, boleh buka laman web multicoinfaucet ni sambil2 anda buat kerja harian anda.

Jika anda belum tahu mengenai bitcoin percuma,

Klik Sini Untuk Baca Apa Itu Kumpul Bitcoin Percuma

Sapa belum daftar, boleh DAFTAR MULTCOINFAUCET DI SINI

Cara kumpul bitcoin percuma di Multicoinfaucet

Login dulu di sini

 

 

2. Klik ” GO TO BITCOIN FAUCET”

 

3. Klik pada “Earn dan pilih Faucet”

 

4. Klik pada gambar yang disuruh, contoh: Truck dan klik “Claim bitcoins”

 

5. Anda boleh claim setiap 30 minit. Timer disediakan untuk anda. Selamat mencuba!

6. Nak kumpul bitcoin percuma di faucet-faucet bitcoin yang lain klik sini

 

Cara Keluar (withdraw) Duit Dari Payza

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, Clixsense telah hantar bayaran upah klik iklan ke akaun Payza saya pada 2 May 2017 yang lepas.

Sebelum keluar duit dari akaun Payza, anda perlu verify dulu akaun Payza anda.

Lihat Cara Verify akaun Payza (klik)
Cara Keluar ( Withdraw) Duit Dari Payza

Hari ni saya tunjukkan pula cara keluarkan duit dari Payza, iaitu duit upah yang telah kita dapat dari Clixsense.

Secara ringkas:

Duit dari Clixsense===> Payza====>Bitcoin wallet====> barulah boleh masuk ke bank tempatan.

Memang panjang sikit rentetannya, tapi apa nak buat, sekarang dah tak boleh guna Paypal, kalau dulu:

Clixsense===> Paypal===> akaun bank tempatan

Step-stepnya:

  1. Login akaun Payza dulu. Boleh login kat sini. Kalau belum daftar baca Cara Daftar Payza
  2. Klik simbol keluarkan duit

3. Kemudian klik bitcoin, dari Payza tak boleh terus keluar ke akaun bank ye, kena keluarkan ke bitcoin wallet dulu.

4. Masukkan jumlah (usd) dan address wallet bitcoin anda. Sapa tak tahu mana nak dapat wallet bitcoin, baca ni dulu Cara Membuat Bitcoin Wallet

5. Lepas tu jika ada paparan untuk check , pastikan anda check betul2 jumlah dan fee yang dikenakan, jika setuju, klik continue. Kemudian anda akan dapat email Payza dah terima permohonan keluar duit dari Payza

6. Kemudian selepas 3 hari, saya dapat email mengatakan bitcoin tersebut telah di masukkan ke wallet bitcoin saya..Alhamdulillah senang je keluar duit dari Payza kan…

Jadi buka wallet bitcoin anda (Luno) dan check kemasukkan bitcoin tersebut. Selamat mencuba!