Apa Itu Wallet Bitcoin

Salam sejahtera,

Sebelum ini saya ada menerangkan tentang apa itu bitcoin, jadi perkara penting seterusnya yang anda perlu tahu ialah wallet bitcoin.

Apa itu Wallet (dompet)Bitcoin?

Wallet Bitcoin adalah aplikasi perisian untuk menyimpan bitcoin. Ia adalah dompet yang anda boleh gunakan untuk berbelanja menggunakan bitcoin dan juga untuk terima bitcoin. Ia berfungsi seperti akaun bank  online, tetapi boleh diakses sebagai wang tunai dalam dompet biasa.

Sebelum memperoleh sebarang bitcoin, anda WAJIB mempunyai wallet Bitcoin. Ini untuk mengumpul satoshi yang anda kumpul secara percuma tadi.

Dimana Saya Nak Dapatkan Wallet Untuk Menyimpan Bitcoin Saya?

Terdapat banyak laman web yang menyediakan wallet untuk bitcoin, namun kita boleh memilih wallet mana yang sesuai untuk kita, kerana setiap wallet ada perbezaan masing masing. Wallet ada dua jenis, iaitu :
1. Desktop
2. Laman Web

Untuk desktop kita kena download software yang telah disediakan untuk mengakses wallet. Saya memilih laman web, kerana ianya lebih mudah. Wallet Bitcoin pertama saya ialah Luno Malaysia.

Luno menyediakan servis seperti Bitcoin Wallet, Trading dan Jual Beli Bitcoin
Servisnya sangat pantas dan rate yang tinggi. Yang paling penting adalah PERCUMA!

Kini rakyat Malaysia boleh membeli dan menjual Bitcoin di Luno, servis Luno berjalan 24 jam sehari, tanpa cuti. Anda boleh menggunakan servis Luno bila-bila masa dan dimana sahaja. Apa yang saya paling suka tentang Luno adalah, kadar tukaran Bitcoin ke Ringgit Malaysia atau Ringgit Malaysia ke Bitcoin adalah tinggi berbanding dengan syarikat lain.

Maknanya kita kumpul bitcoin sebagai aset digital sebab nilai bitcoin semakin meningkat. Kemudian bila dah banyak boleh gunakan dalam transaksi harian seperti isi minyak dan shopping, atau boleh jual Bitcoin dan keluarkan duit ke dalam akaun bank. Luno boleh melakukan pengeluaran sepantas 24 jam sahaja untuk bank yang ada di Malaysia..sangat mudah, cepat, murah & selamat.

Kesimpulannya, sebelum anda menceburi dunia cryptocoin- bitcoin ni, anda WAJIB memiliki wallet bitcoin untuk menyimpan balance bitcoin anda.

Untuk cara membuat wallet di Luno silakan baca artikel berikut ni pulak:

Cara Membuat Wallet Bitcoin Address

Nak tau cara cepat kumpul bitcoin baca ni