Apa Itu Kad Debit

Kad debit ialah sejenis produk kewangan yang dikeluarkan oleh Bank. ia lebih dikenali sebagai “Plastic Money” atau “Cek Elektronik” kerana fungsinya sebagai alternatif lain sebagai pengganti TUNAI.

Kad debit bukanlah kad hutang seperti Kad kredit. Kad debit hanya akan berfungsi sekiranya di dalam akaun kita ada duit. Jadi sekiranya kita nak gunakan Kad debit, check baki adakah ia mencukupi dengan nilai barangan yang kita nak beli, sekiranya baki akaun kita kurang dari nilai barangan maka pandai-pandailah masukkan duit dalam akaun.

Memandangkan keperluan untuk menggunakan Kad debit semakin meningkat, maka kebanyakan bank menawarkan pembukaan akaun Debit Kad dengan mudah, tak perlu lagi mengisi borang ataupun dengan waktu yang singkat kita dah boleh dapat kad debit ni.

Antara bank yang menawarkan Kad debit :

Public Bank
Maybank
Al Rajhi Bank
EON Bank
Dan hampir kesemua bank ada menawarkan Kad debit
Biasanya logo VISA atau MASTERCARD akan tertera di Kad debit

maybank-visa-debit-card
Apakah fungsi kad debit?

Kita boleh gunakan kad debit untuk beli barangan dapur di supermarket, petrol, tiket penerbangan, makan malam, hotel dan macam-macam lagi perkhidmatan secara offline ataupun online atau melalui internet.

Kepada yang biasa dengan perniagaan internet dan telah membuka akaun PAY PAL, dengan kad debit juga mereka boleh memindahkan baki akaun PAY PAL mereka ke akaun kad debit dan kita terus boleh keluarkan wang tunai.

**PERINGATAN : Untuk membuat belian secara online atau melalui internet kita perlu membuat permohonan kepada Bank Pengeluar Kad untuk mengaktifkan transaksi online kita. Ini adalah sebagai langkah keselamatan sekiranya ada berlaku kecurian kad. Boleh buat kat mesin atm je

Transaksi Biasa di kedai-kedai: Tunjukkan kad debit anda kepada kaunter pembayaran dan mereka akan cajkan kad debit anda.

Nak tahu cara daftar Maybank2u klik sini==> Cara Daftar Maybank2u Online Banking

Kebaikan Kad Debit:

1. Tidak perlu bawa wang tunai yang banyak untuk melakukan pembelian, Cuma pastikan akaun kad debit anda mempunyai baki yang mencukupi untuk satu-satu belian.

2. Mengurangkan risiko kehilangan wang tunai samada melalui kecurian, rompakan ataupun ragut

3. Dengan kad debit, kita berkeupayaan menguruskan kewangan seharian kita dengan lebih baik sebab kita tidak boleh menggunakan kad kita sewenang-wenangnya

4. Boleh digunakan untuk mengeluarkan tunai di ATM, tanpa caj tambahan kerana kebanyakan kad debit adalah kad ATM

5. Untuk Maybank, tiada caj tahunan dikenakan..free je. Tiada surcaj atau interest bahkan ada beberapa Bank memberi Rebet ke atas pengguna kad debit

Keburukan Kad Debit :

1. Sekiranya berlaku kecurian kad dan kita lambat membuat laporan ke pihak Bank, kad kita mungkin boleh disalah gunakan. Nasihat saya, kalau kita hilang kad debit …terus sahaja telefon bank yang berkenaan untuk blok kad debit kita.

2. Kalau system offline, kita tak boleh guna kad debit

3. Tidak semua tempat shopping boleh digunakan.

Siapakah yang boleh memohon kad debit?

-Pemegang akaun saving/ akaun semasa berumur 18 tahun dan ke atas.
-Untuk akaun imteen (berumur 12 hingga 18 tahun), Indemnity Letter adalah wajib untuk ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga sebagai syarat untuk membuka Akaun imteen. Ibu bapa atau penjaga dikehendaki pergi ke cawangan untuk menandatangani Surat Indemniti untuk akses kepada Maybankard Visa Debit atau Maybankard BankCard.

Cara memohon kad debit

Kunjungi cawangan Maybank yang terdekat. Isikan borang permohonan dan pilih Maybankard Visa Debit apabila anda membuka akaun simpanan atau akaun semasa.

**Penting: Yang sudah ada kad ATM Maybank, tak perlu buka akaun. Tukar sahaja kepada kad Visa Debit.

Dokumen yang diperlukan untuk mohon kad debit

Dokumen utama

-MyKad (IC) / Polis atau Angkatan Tentera Kad ID
-Sijil Kelahiran dan MyKid (iaitu untuk akaun pegangan amanah dan kecil)
-Pasport (bagi bukan pemastautin / asing)
-Deposit minimum untuk membuka Akaun / Penjimatan Semasa:
-RM250 (individu, akaun bersama & kecil)

Dokumen Sokongan

-Pasport yang sah (untuk Pemastautin)
-Sah Lesen Memandu (bagi Penduduk)
-Bil Utiliti (cth bil air / elektrik / telefon, Cukai Tanah) dengan nama dan alamat pelanggan yang membuka akaun.
-Surat pengesahan daripada majikan, Institusi Pendidikan dan lain-lain
-Kad Kredit (jika ada).

Nak tahu cara daftar Maybank2u klik sini==> Cara Daftar Maybank2u Online Banking

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *