Cara Keluar (withdraw) Duit Dari Payza

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, Clixsense telah hantar bayaran upah klik iklan ke akaun Payza saya pada 2 May 2017 yang lepas.

Sebelum keluar duit dari akaun Payza, anda perlu verify dulu akaun Payza anda.

Lihat Cara Verify akaun Payza (klik)
Cara Keluar ( Withdraw) Duit Dari Payza

Hari ni saya tunjukkan pula cara keluarkan duit dari Payza, iaitu duit upah yang telah kita dapat dari Clixsense.

Secara ringkas:

Duit dari Clixsense===> Payza====>Bitcoin wallet====> barulah boleh masuk ke bank tempatan.

Memang panjang sikit rentetannya, tapi apa nak buat, sekarang dah tak boleh guna Paypal, kalau dulu:

Clixsense===> Paypal===> akaun bank tempatan

Step-stepnya:

  1. Login akaun Payza dulu. Boleh login kat sini. Kalau belum daftar baca Cara Daftar Payza
  2. Klik simbol keluarkan duit

3. Kemudian klik bitcoin, dari Payza tak boleh terus keluar ke akaun bank ye, kena keluarkan ke bitcoin wallet dulu.

4. Masukkan jumlah (usd) dan address wallet bitcoin anda. Sapa tak tahu mana nak dapat wallet bitcoin, baca ni dulu Cara Membuat Bitcoin Wallet

5. Lepas tu jika ada paparan untuk check , pastikan anda check betul2 jumlah dan fee yang dikenakan, jika setuju, klik continue. Kemudian anda akan dapat email Payza dah terima permohonan keluar duit dari Payza

6. Kemudian selepas 3 hari, saya dapat email mengatakan bitcoin tersebut telah di masukkan ke wallet bitcoin saya..Alhamdulillah senang je keluar duit dari Payza kan…

Jadi buka wallet bitcoin anda (Luno) dan check kemasukkan bitcoin tersebut. Selamat mencuba!

 

Cara Membuat Bitcoin Wallet/Address di Luno

Cara Membuat Bitcoin Wallet/Address Di Luno

Kali ini saya akan membuat tutorial yang sangat penting di dunia bitcoin iaitu membuat  bitcoin wallet atau dalam erti kata lain membuat Bitcoin Address yang fungsi nya untuk menyimpan bitcoin yang kita kumpul secara percuma tadi.

Untuk yang belum tahu apa itu wallet bitcoin sila baca artikel ini :
Apa Itu Wallet Bitcoin?

Cara Daftar di Luno untuk dapat Bitcoin Wallet Address
  • Mula-mula klik pada link berikut ===> Daftar Luno
  • Klik “Sign Up” pada sebelah kanan atas laman web tersebut
  • Isi email, password dan negara anda
  • Klik Sign Up

  • Jangan lupa catitkan email dan simpan password Luno anda, ianya rahsia dan tidak boleh diberitahu kepada orang lain. Ini berfungsi untuk recover akaun anda jika anda lupa detail akaun anda.
  • Buka email anda, dan cari email dari Luno untuk pengesahan email anda. Verify email anda dengan klik link pengesahan yang diberikan. Selesai pendaftaran..tahniah!

  • Selepas confirm email address, klik Continue..kemudian dia akan bawa ke back office bitcoin wallet Luno, klik let’s go.
  • Klik Verify Identity, masukkan nombor telefon anda, satu kod akan dihantar ke handphone anda.

  • Masukkan code untuk verify identity, kemudian masukkan personal details: nama dan no kad pengenalan, klik submit.
  • Selesai pendaftaran bitcoin wallet, tahniah!

Cara nak dapatkan bitcoin wallet address dari Luno

1. Login akaun Luno anda untuk ambil bitcoin wallet address anda (alamat bitcoin).  Pada home page, klik Receive

2. Setelah itu klik Address, ambil nombor yang panjang yang terpapar, itu adalah bitcoin wallet address anda. Address itu lah yang anda perlu masukkan jika anda nak semua bitcoin yang anda kumpul masuk ke wallet bitcoin anda. Copy alamat bitcoin tersebut untuk tujuan withdraw satoshi dari faucet bitcoin ke bitcoin wallet.

 

Contoh di web faucet bitcoin seperti Bonus bitcoin, anda akan diminta memasukkan Bitcoin Address maka masukkan lah address tu, lepas tu baru withdraw satoshi percuma.

Nota: Berhati-hati jika menggunakan software mencurigakan yang tidak dikenal pasti sebab ditakutkan mengandung Keylogger..(pencuri password)
 
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda…selamat mencuba!

Jika berminat nak tau cara cepat kumpul bitcoin baca ni

Cara Verify Akaun Payza

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, Clixsense telah hantar bayaran upah klik iklan ke akaun Payza saya 4 hari yang lepas.

Sebelum keluarkan duit yang ada dalam akaun Payza, anda perlu verify dulu akaun Payza anda. Jadi hari ni saya akan tunjukkan step-by step cara verify akaun Payza.

Lihat Cara Verify akaun Payza seperti di bawah:
  1. Login akaun Payza dulu. Klik Login Payza
  2. Siapa yang belum daftar Payza, lihat Cara Daftar Payza
  3. Klik simbol keluarkan duit

4. Kemudian klik Bitcoin, untuk makluman semua; di Payza kita tak boleh add bank akaun tempatan seperti di Paypal, jadi kena keluarkan duit ke akaun Bitcoin wallet.

5. Kemudian ada notifikasi bahawa anda perlu verify (sahkan) akaun Payza anda, klik “Verified” tu.

6. Kemudian klik Document Validation

7. Periksa maklumat profile anda yang dipaparkan, jika ada yang salah, boleh edit. Jika nama, tarikh lahir dan alamat anda betul, klik Next.

8. Masukkan nombor IC anda, pilih national ID, klik “choose file” untuk upload gambar IC anda. Klik Next.

9. Kemudian review paparan IC yang anda upload tu. Pastikan anda scan gambar IC berwarna dan letakkan kedua-dua gambar scan depan dan belakang. Gunakan Paint untuk gabungkan kedua2 gambar. Pastikan bucu dan sisi IC anda dimasukkan tanpa terpotong/ter ‘crop’.

Lihat contoh:

Klik Send untuk hantar dokumen.

10. Tunggu 4-5 hari untuk verify akaun Payza anda. Mudah je kan, cara verify akaun Payza..Selamat mencuba!