Cara Daftar Paytoo

Salam sejahtera kepada  a pembaca,

Semenjak 6 Februari 2017 yang lepas, ada berita yang menyedihkan buat semua ahli Clixsense. Perbankan online Paypal telah melancarkan polisi baru yang tidak menyokong model perniagaan Clixsense. Bukan Clixsense saja terkena tempias polisi baru Paypal tersebut, malah ada banyak lagi program bisnes online yang lain yang tidak boleh lagi menggunakan Paypal.

Oleh itu saya akan tunjukkan hari ni cara nak daftar Paytoo.

Cara Daftar Paytoo

  1. Buka laman web Paytoo (klik sini)

2.  Kemudian isikan step 1 sampai 4 => email, password, negara, no telefon=> masukkan no 6 di depan no telefon anda, eg: 6013.., dan security code yang anda nak guna (jangan lupa salin nombor ni, nanti lupa).

3. Seterusnya, satu mesej kod akan anda terima dari Paytoo ke handphone anda, masukkan kod tersebut.

4. Seterusnya masukkan nama, alamat, alamat, tarikh lahir dan soalan security. Professional account tu biarkan kosong.

5. Tandakan 2 kotak kecil tu dan seterusnya klik ” Create Wallet”

6. Sekarang buka email anda dan klik link confirmation dari Paytoo. Ini adalah untuk mengesahkan email anda.

7. Tahniah, anda sekarang ada wallet Paytoo. Sekarang anda boleh ke website Paytoo.com dan login dengan email dan password yang anda dah setkan masa daftar tadi.

8. Untuk setkan profile Clixsense, pilih Paytoo dan masukkan nombor wallet anda

9. Kemudian anda mesti ambik gambar/scan IC atau passport anda dan upload gambar IC atau passport tu untuk akaun anda di verified.

Selamat mencuba!