Cara jual bitcoin

Salam sejahtera kepada semua pembaca..

Semoga semua sihat, tekun dalam kerja dan ceria dalam kehidupan seharian.

Hari ni saya nak tunjuk cara bagaimana nak jual bitcoin PERCUMA yang kita kumpul sedikit- demi sedikit setiap hari dari faucet bitcoin.

Sape tak tau cara nak kumpul bitcoin percuma baca post ni dahulu.

Nak tahu apa itu faucet bitcoin, baca kat sini

Cara buat wallet bitcoin, baca disini

Cara keluarkan bitcoin yang di kumpulkan di faucet ke wallet Luno baca post ni

Sebenarnya bitcoin ni elok kumpul sahaja dulu dalam bitcoin wallet kita iaitu Luno atau Coinbox, sebab satu hari nanti nilainya akan meningkat dan melonjak naik, barulah masa tu sesuai untuk kita menjual. Tapi memandangkan saya dapat banyak pertanyaan tentang bagaimana nak jual bitcoin, jadi hari ni saya nak tunjukkan step-by step caranya.

**Jika wallet anda Luno, sama je cara menjual bitcoin, hanya login Luno, klik “MORE” dan cari butang SELL. Sama sahaja caranya. Saya tunjukkan cara jual di Coinbox sebab dulu saya guna wallet Coinbox.

Cara nak jual bitcoin dari wallet bitcoin Coinbox/Luno

  1. Mula2 login wallet bitcoin dulu, sesiapa yang belum register bitcoin wallet, boleh register wallet bitcoin dulu.
  2. Klik pada Coinbox Exchange Service. Kalau wallet Luno, klik pada “More” dan klik “Sell”.

jualbitcoin7

3. Kemudian klik Sell Coin. Masukkan jumlah bitcoin yang anda nak jual. Jangan lupa pilih bank yang anda nak transfer duit jual bitcoin tu.

jualbitcoin

4. Satu paparan transaction confirmation akan keluar. Check balik jumlah bitcoin yang nak dijual, berapa rm akan dapat (yang ni ikut nilai bitcoin semasa) dan bank yang dimasukkan, pastikan betul.

jualbitcoin1

5. Masukkan nama dan nombor akaun bank anda. Klik continue.

jualbitcoin2

6. Kemudian anda akan diberikan nombor transaction dan alamat bitcoin yang anda perlu send (hantar) bitcoin yang anda nak jual tu.

jualbitcoin3

7. Copy jumlah bitcoin dan bitcoin address tu, dan klik pada SEND COIN. Paste kan kedua2 nya, klik continue. Anda wajib send bitcoin ni dalam masa 3 jam dari permohonan nak jual bitcoin, kalau tak transaction ini akan dibatalkan. Kalau nak jual semula, buat permohonan baru.

jualbitcoin4

8. Klik continue pada paparan seterusnya

jualbitcoin5

9. Syabas, anda telah berjaya send bitcoin yang nak dijual, wang akan dimasukkan kedalam akaun bank anda sebentar lagi. Selamat Mencuba!

jualbitcoin6

10. Tak sampai 10 minit, sambil-sambil saya tulis post ni, duit dah masuk akaun bank saya! Yayy.. :-).. Alhamdulillah.

jualbitcoin8